Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Budak Ditinggal Sendirian, Ditemukan...

MIRI - Seakan filem pecah panggung 'Home Alone' pada 1990, apabila seorang budak...

UMNO Perlu Kuasai Media...

KUALA LUMPUR - UMNO perlu lebih agresif menangkis serangan dan tohmahan bertali arus...

Foto ‘Gaduh’ Dengan Liza...

Semalam, beberapa blog tempatan telah menyiarkan foto menunjukkan adegan pergaduhan antara Liza Abdullah...

Tingkat Gaji Minimum Penjawat...

SHAH ALAM - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan...

Johor Capai 70 Peratus Pemberian Dos Penggalak, Beri Perlindungan Kepada Pengundi – Khairy

KLUANG: Johor telah mencapai sasaran pemberian vaksinasi dos penggalak COVID-19 sebanyak 70 peratus setakat ini, yang diyakini memberi perlindungan kepada pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia merupakan sasaran yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) PRN Johor pada 12 Mac ini.

“Ini memberi perlindungan yang baik kepada pengundi-pengundi terutamanya warga emas, mempunyai komplikasi kesihatan supaya terlindung, lagi-lagi dengan kegiatan kempen yang sedang berlangsung.

“Semua perancangan telah kita buat. Prosedur operasi standard (SOP) PRN Johor dilonggarkan berbanding Melaka.

Maklumat yang ada pada KKM, walaupun kes meningkat tetapi kesan tidak serius seperti beberapa bulan lepas,” katanya pada sidang media di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Klinik Kesihatan Simpang Renggam di sini, hari ini.

Beliau juga memaklumkan vaksinasi kepada kanak-kanak pula telah mencapai 25 peratus atau lebih 103,000 kanak-kanak melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di Johor.

JOHOR-KHAIRY (DOS) 2 (AKHIR) KLUANG

Katanya peratusan itu melebihi peratusan di peringkat nasional iaitu 23 peratus.


Bagi mengawasi SOP PRN Johor, Khairy berkata KKM ada mewujudkan pasukan di bawah Unit Kesihatan Awam bagi memantau SOP PRN dan mengeluarkan kompaun kepada sesiapa sahaja yang melanggar SOP tanpa mengira parti atau individu.

“Saya telah minta, pertama berikan teguran jangan kerumuni pemimpin, kedua kita minta supaya jaga penjarakan ketika jalankan jelajah mesra, kita minta penguatkuasa guna budi bicara,” katanya.

Mengulas mengenai petugas media yang dikompaun RM1,000 kerana didakwa melanggar SOP COVID-19 semalam, Khairy berkata kompaun tersebut telah dibatalkan.

“Saya telah minta kompaun itu dibatalkan sebab saya tengok balik laporan itu, ia bukan salah beliau (wartawan).

“Saya beritahu kepada pemguatkuasa kalau wartawan buat kerja, bagi amaran dan teguran dulu. Jika ia bukan kesalahan dia, dia memang nak mencari interview dan sebagainya, tidak perlu kompaun,” katanya.

Semalam, seorang petugas media yang membuat liputan proses penamaan calon bagi PRN Johor dikompaun RM1,000 kerana didakwa melanggar SOP COVID-19, di Pusat Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin di sini.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori