Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kesan Cukai Soda Boleh...

BELANJAWAN 2019 menyaksikan beberapa cukai baharu diperkenalkan dan salah satu daripadanya ialah cukai...

Mangsa Banjir Di Kemaman...

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Kemaman kekal seramai 75 orang daripada...

Tun M Seleweng RM100...

DI dalam satu forum terbuka yang diadakan di Pusat Konvensyen Straits Quay Pulau...

Visi, Misi Dalam ‘Banking...

KUALA LUMPUR: Sebuah buku 100-halaman bertajuk 'Banking On Change - Nazir Razak Story' dijadualkan...

Johor Sokong Buka Sempadan Malaysia-Singapura

ISKANDAR PUTERI: Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad menyokong hasrat pembukaan sempadan antarabangsa khususnya melibatkan Singapura sekiranya pembukaan itu melibatkan persetujuan kedua-dua negara.

Katanya, hal itu kerana pihaknya tidak mahu langkah membuka sempadan dan membenarkan rakyat Malaysia di Singapura pulang dibuat semata-mata kerana tujuan politik sahaja.

“Selaku Menteri Besar, saya sokong hasrat untuk membenarkan mereka pulang, walau bagaimanapun ia tertakluk kepada persetujuan bersama kedua-dua negara kerana kita tidak mahu menyusahkan rakyat.

“Kita tidak mahu kebenaran balik itu atas sebab politik tetapi apabila mereka mahu pulang bekerja di Singapura akan timbul isu lama iaitu perlu menanggung kos kuarantin yang tinggi

“Saya tidak fikir itu tindakan yang baik melainkan kerajaan buat keputusan sedia untuk membayar kos sekiranya mereka balik semula ke Singapura,” katanya selepas melancarkan Ruang Kerja Common Ground Iskandar Space di Medini 6, di sini hari ini.

Kelmarin, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya bersetuju supaya sempadan negara dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib.


Bagaimanapun katanya, ujian Covid-19 sebelum berlepas dan sejurus tiba di pintu sempadan negara perlu dilakukan secara terancang mengikut syor Kementerian Kesihatan (KKM) berdasarkan penilaian risiko semasa.

“Ini melibatkan semua negara kerana Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan tadi, sekiranya nak pilih (negara), Omicron ini sudah ada di seluruh dunia,” kata Muhyiddin.

Mengulas lanjut, Hasni menegaskan, persetujuan membuka sempadan antarabangsa khususnya melibatkan sempadan Malaysia-Singapura perlu dibuat secara bilateral dan bukannya unilateral.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori