Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Netizen Turut Berkongsi Kesedihan...

BERITA kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim bukan sahaja meninggalkan...

Pemberontak Lancar Peluru Berpandu...

RIYADH - Pakatan tentera diketuai Arab Saudi mengesan sebuah peluru berpandu yang menyasarkan...

Ramadan: Peniaga Dinasihat Tak...

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memohon kerjasama pihak berkuasa...

Malindo Air Gantung Penerbangan...

KUALA LUMPUR - Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan...

Kerajaan Tampung Subsidi Harga Baharu Runcit Ayam

PUTRAJAYA : Penetapan harga baharu runcit ayam pada harga RM8.90 sekilogram sebagaimana diputuskan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Mengenai Industri Pengeluaran Makanan pada 31 Januari lalu ditampung melalui subsidi kerajaan sehingga kos pengeluaran ayam kembali rendah dan stabil.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, industri pengeluaran ayam dan telur menerima impak kenaikan mendadak kos input makanan jagung dan soya yang merangkumi 70 peratus kos penternakan ayam.

Beliau menjelaskan, dengan peningkatan kos pengeluaran, maka, pihak industri mengemukakan kepada kerajaan supaya harga kawalan dinaikkan.

“Sekiranya tiada intervensi daripada kerajaan, harga runcit ayam di pasaran pada masa ini melebihi RM10 sekilogram.

“Harga runcit RM8.90 ini merupakan penurunan kali ketiga selepas ditetapkan pada RM9.50 semasa Perayaan Deepavali, RM9.30 ketika Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) dari 7 hingga 31 Disember tahun lalu dan RM9.10 semasa SHMKM dari 1 Januari hingga 4 Februari ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kerajaan menetapkan harga siling runcit ayam itu berkuat kuasa 5 Februari ini setelah berakhirnya SHMKM sehari sebelumnya dan harga ini kekal sehingga 5 Jun depan iaitu selama 121 hari bagi menjamin kestabilan harga ayam dan juga harga makanan lain yang berkaitan.

Alexander berkata, penetapan harga siling runcit ayam bagi Labuan, Sabah dan Sarawak akan dibuat berdasarkan lokasi.


Beliau berkata, beberapa ketetapan rakyat-centric bersabit dengan industri pengeluaran ayam dan telur juga diputuskan dalam mesyuarat NACCOL dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu antaranya harga telur ayam semua gred kekal seperti harga maksimum runcit SHMKM semasa.

Kata beliau, harga siling runcit ayam dan telur akan dikaji dari semasa ke semasa bergantung kepada faktor-faktor yang mempengaruhi pengeluaran ayam dan telur ayam negara.

“Kementerian memastikan pelaksanaan arahan kerajaan kepada agensinya, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk membuat siasatan berterusan bagi memastikan tiada wujudnya kartel dalam pakatan menentukan harga ayam dan telur.

“Semua ketetapan termasuk pelan tindakan jangka panjang yang diputuskan akan dibincangkan lebih terperinci dalam Mesyuarat Taskforce Pelaksanaan dipengerusikan Kementerian Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan dilaporkan dalam mesyuarat NACCOL akan datang,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori