Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

COVID-19: Lokasi Popular KL...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan tumpuan orang ramai menempatkan pusat jualan popular di...

KDN Diminta Tarik Balik...

BUKIT KAYU HITAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta menarik balik arahan tidak...

Penyu Mendarat Di Pantai...

KUANTAN - Sebanyak 376 penyu direkodkan mendarat di Pantai Cherating di sini, daripada...

Mustapa Dilantik Ketuai Unit...

PETALING JAYA - Putrajaya hari ini mengumumkan bekas menteri, Mustapa Mohamed dilantik sebagai...

Kerjasama PH, MUDA Belum Muktamad

KULAI: Perbincangan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor termasuk mengenai pembahagian kerusi, masih belum dimuktamadkan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, PH turut akan mengadakan perbincangan dengan parti lain dalam masa terdekat berhubung kerjasama itu sejurus selesai rundingan dengan MUDA.

“Kita mahu berbincang dengan semua parti untuk elak pertembungan tetapi buat masa ini perbincangan dengan MUDA lebih realistik.

“Kami harap kalau kita berjaya, kita boleh buat barisan atau pentas kerana kita bukan nak menang kerusi saja tapi kita nak menang kerajaan. Itu yang rakyat hendak. Kita boleh buat perubahan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian ibu pejabat baharu DAP Johor di sini, hari ini.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mengulas mengenai hasil rundingan antara PH dan MUDA khususnya membabitkan agihan kerusi.


Sabtu lalu, Pengerusi PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata rundingan kerjasama dengan MUDA kini di peringkat kepemimpinan negeri dan MUDA belum memberitahu jumlah kerusi dimahukan.

Mengenai Parti Warisan (WARISAN), Guan Eng berkata, semua parti berhak untuk bertanding dalam PRN Johor dan sekiranya ada kerjasama antara PH dan parti itu, ia akan dilakukan secara literal terlebih dulu.

Terdahulu, Naib Presiden WARISAN, Datuk Junz Wong dilaporkan berkata parti itu bersedia menjadi pengubah keadaan sekiranya membuat keputusan bertanding dalam PRN Johor.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori