Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Usah Percaya Berita Tular...

MAKKAH - Umat Islam di Malaysia selain jemaah haji yang berada di Tanah...

15 Menara Komunikasi Dibina...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu sebanyak 15 menara komunikasi...

Agong Sanjung Tinggi, Hargai...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan...

127 Pesakit Pulih, 14...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 14 kes baharu positif koronavirus (Covid-19)...

Kertas Putih Reformasi Sistem Kesihatan Akan Dibentang Di Parlimen

PUTRAJAYA : Satu Kertas Putih berkaitan pemerkasaan sistem kesihatan akan dibentangkan di Parlimen dalam usaha kerajaan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau sendiri mencadangkan satu Kertas Putih berkenaan berikutan sistem kesihatan sedia ada tidak kalis masa hadapan.

“Disumbang beban penyakit tidak berjangkit (NCD), termasuklah kanser, yang terus meningkat, Malaysia memerlukan satu reformasi sistem kesihatan dan ini merangkumi reformasi sistem pembiayaan kesihatan.

“Adalah harapan saya, Kertas Putih yang bakal disedia dan dibentangkan di Parlimen akan disokong semua pihak,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 di Institut Kanser Negara (IKN), hari ini.

Majlis itu juga turut memperkenalkan buku National Strategic Plan for Cancer Control Programme (NSPCCP) 2021-2025 dan buku National Strategic Plan for Colorectal Cancer (NSPCRC) 2021-2025.

Khairy berkata, walaupun kerajaan melaksanakan program PeKa B40 yang bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah merangkumi saringan kanser tertentu, bantuan alat perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutan, ia tidak memadai.

Katanya, seiring dengan isu ketidaksamaan dalam penjagaan kanser yang berlaku di dunia, setiap pesakit layak menerima penjagaan terbaik, sama seperti pesakit-pesakit lain.


“Di Malaysia, berlakunya peningkatan kes kanser sebanyak 11 peratus (115,238 kes) bagi tempoh 2012- 2016 berbanding 103,507 kes bagi tempoh 2007-2011 yang dianggarkan satu dari 10 lelaki dan satu dari sembilan wanita berkemungkinan mendapat penyakit ini.

“Kematian akibat kanser merupakan sebab utama kematian di hospital-hospital swasta iaitu 34.95 peratus dan sebab kematian ke-empat di hospital Kementerian Kesihatan iaitu 11.56 peratus. Malah, kanser juga antara sepuluh sebab utama kemasukan ke hospital di kedua-dua hospital iaitu kementerian (5.17 peratus) dan hospital swasta (5.37 peratus),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan NSPCCP 2021-2025 dan NSPCRC 2021-2025, Khairy berkata, beliau berharap semua strategi yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik serta mendapat sokongan dari semua pihak berkepentingan.

“Buku NSPCRC 2021-2025 adalah subset dari NSPCCP 2021-2025 dan merupakan pelan tindakan kanser kolorektal bagi peringkat KKM bagi mengawal kanser kolorektal, kanser kedua penting di Malaysia.

“Ia mengandungi sasaran serta strategi bagi semua aspek kawalan kanser yang merangkumi Pencegahan, Pengesanan awal, Diagnosa, Rawatan, Rehabilitasi, Penjagaan Paliatif, Rawatan Tradisional & Komplimentari (T&CM), Surveilan & Pemantauan (Registri Kanser), Penyelidikan dan Sumber Manusia,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori