Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bayi 40 Hari Alami...

GEORGE TOWN: Seorang bayi berusia 40 hari mengalami pendarahan otak selepas dihempas ke...

23,808 Anak Penyu Dilepaskan...

SANDAKAN - Pusat Penetasan Telur Penyu di Pulau Libaran berjaya memungut 30,860 telur...

Jawatankuasa Khas Semak Semula...

ALOR SETAR - Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyemak semula syarat yang...

Hotel Transylvania 3 Singkirkan...

FILEM animasi Hotel Transylvania 3: Summer Vacation terbitan Sony kekal mengungguli carta box...

Kes Melonjak Tak Jejas PRN Johor

JOHOR BAHRU: Peningkatan kes positif COVID-19 yang direkodkan ketika ini bukan penghalang untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diteruskan.

Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba, yang juga Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Johor berkata, ia berikutan pemberian vaksin COVID-19 termasuk suntikan penggalak menjadi pelindung daripada penularan wabak.

Katanya, keadaan kini adalah lebih baik berbanding ketika mengadakan PRN di Melaka dan Sarawak kerana dos penggalak giat diberi kepada masyarakat.

“BN Johor yakin Prosedur Operasi Standard (SOP) yang akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi PRN Johor akan membantu mengekang penularan jangkitan COVID-19.

“Walaupun varian Omicron mempunyai kadar penularan jangkitan lebih tinggi, kita yakin garis panduan berkempen aka bertepatan dengan keadaan semasa.

“Pihak berkuasa mengendalikan SOP terutama Kementerian Kesihatan (KMM) dan SPR pasti akan melindungi pengundi daripada terjejas dengan jangkitan menerusi langkah pencegahan terbaik.

“Persiapan SPR terhadap kaedah dan cara di tempat mengundi itu pasti bersesuaian dengan SOP serta memberi perlindungan untuk semua keluar mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perjumpaan Ketua Penerangan UMNO Johor bersama media Johor di sini, hari ini.


Hadir sama, Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim dan Presiden Kelab Media Johor, Mohd Fauzi Ishak.

Sebanyak 10,089 kes harian COVID-19 dilaporkan di seluruh negara, hari ini.

Daripada jumlah itu, 77 kes bersamaan 0.76 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 10,012 kes iaitu 99.24 peratus adalah kategori 1 dan 2.

Dr Adham yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, lonjakan kes COVID-19 ketika ini adalah kesan daripada varian Omicron.

“Kita perlu meminta kerajaan segera bertindak bagi melandaikan keluk dan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

“Ini adalah antara langkah yang perlu diambil selain pemberian dos penggalak dan vaksin kepada kanak-kanak, itu lebih penting,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori