Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Alasan Tak Lepaskan...

SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yakin bahawa pengendali skuad Bawah-22...

Wanita Tawar Seks Kepada...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di...

Rayqal Iskandar Kembali Ke...

PELAKON kanak-kanak, Rayqal Iskandar, 11, mengakui berasa gembira dan teruja untuk kembali belajar...

Mamat Mohon Maaf, Akan...

KUALA LUMPUR - Penyanyi dan vokalis Exists Reunion, Mamat memohon maaf kepada peminat...

Kes Tikam Bayi: Pendakwaan Boleh Teliti, Kaji Semula Keputusan Pertuduhan

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan masih boleh meneliti dan mengkaji semula keputusan pertuduhan asal di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaaan ke atas seorang remaja berusia 15 tahun yang didakwa membunuh anak yang baru dilahirkannya kepada pertuduhan lain.

Jabatan Peguam Negara menegaskan, ia boleh dilakukan setelah mengambil kira perkembangan tambahan termasuk hasil siasatan kejadian rogol ke atas remaja itu.

Menurutnya, maklumat mengenai kejadian rogol ke atas dirinya hanya diketahui selepas remaja itu ditahan pada 8 Februari lalu dan laporan polis dibuat pada hari yang sama.

“Susulan daripada laporan polis itu satu kertas siasatan dibuka dan siasatan masih dijalankan.

“Pertuduhan ke atas kanak-kanak tersebut adalah satu proses keadilan jenayah yang telus tanpa dipengaruhi oleh apa-apa dorongan dan berasaskan kepada keterangan semata-mata,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Jabatan Peguam Negara menambah pada ketika ini, remaja yang dituduh ini akan diadili melalui proses keadilan mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) memandangkan orang yang dituduh itu adalah seorang kanak-kanak seperti mana takrifan di bawah Akta 611 dan jika disabitkan kanak-kanak ini akan diperintahkan untuk ditahan di bawah Seksyen 97(2) Akta 611.

Menurut kenyataan itu, sebelum ini, Pejabat Pengarah Pendakwaan Terengganu telah membuat penelitian ke atas hasil siasatan yang dikemukakan dan memberi kebenaran untuk pertuduhan ke atas remaja yang berumur 14 tahun 11 bulan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan berkaitan kematian bayi yang dilahirkan itu.

“Pertuduhan itu dibuat berasaskan keterangan saksi-saksi dan dokumentasi serta keterangan pegawai forensik dan pengesahan pakar patologi bahawa bayi yang mati itu berumur antara 38 hingga 40 minggu dengan berat 2.49 kilogram semasa dilahirkan dengan tali pusat telah dipotong dengan benda tajam dan terdapat kecederaan lain termasuk satu tikaman pada bahagian badan bayi tersebut,” jelasnya.


Dalam laporan polis yang dibuat seorang pegawai perubatan kira-kira pukul 9 pagi 8 Februari lalu dia memaklumkan ketika sedang bertugas di Klinik Kesihatan Seri Bandi, Kemaman, Terengganu didatangi seorang individu dipercayai rakan remaja yang memaklumkan staf di kaunter mengenai satu kes bersalin di rumah.

Kira-kira 10 minit kemudian, pengadu bersama pasukannya ke lokasi dan terlihat remaja itu sedang memegang bayi berhampiran sinki dapur dan mendapati tali pusat bayi telah dipotong dengan menggunakan benda tajam.

Pada Selasa lalu, remaja perempuan itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman Terengganu atas tuduhan membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya, minggu lalu.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Awani-

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori