Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Adenan – Bahan Berita...

KUCHING - Memang telah dijangkakan media Cina seperti pertubuhan media lain, akan memberikan...

Elaun Guru Kafa Naik...

KUANTAN - Permintaan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di negara ini...

AS Pujuk 31 Negara...

WASHINGTON : Lebih 30 negara anggota Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dilaporkan menyertai Amerika...

Kartel Daging, Sekali Lagi...

JOHOR BAHRU - Sebuah syarikat bersama dua pengarah dan pengurusnya didakwa di Mahkamah...

Konsep Sekolahku SEJAHTERA Lahir Generasi Muda Hebat

PUTRAJAYA : Konsep Sekolahku SEJAHTERA yang dilancarkan hari ini bermatlamat melahirkan generasi muda yang hebat serta mampu bersaing di peringkat dunia.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata ia boleh dicapai melalui penjiwaan terhadap 14 elemen penting yang diberikan penekanan dalam konsep Sekolahku SEJAHTERA.

Bagaimanapun, katanya, 14 elemen penting dalam konsep berkenaan yang dilancarkan hari ini, bukan bermakna ia mengetepikan elemen lain dalam kehidupan.

“Penekanan konsep ini untuk memastikan anak kita yang lahir daripada sistem pendidikan negara dapat bersaing dan mampu berdaya saing di peringkat dunia,” katanya pada sidang media selepas pelancaran konsep Sekolahku SEJAHTERA, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, pagi ini.


Elemen penting berkenaan adalah selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan, harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi.

Radzi berkata, biarpun konsep berkenaan akan dimulakan pada sesi persekolahan akan datang, ia bukanlah satu mata pelajaran atau silibus baharu serta tidak akan membebankan guru.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori