Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kereta Mewah Rasmi APEC,...

PORT MORESBY - Jika sebelum ini kerajaan Papua New Guinea dikecam selepas dikatakan...

Ibu Tunggal Dipenjara 30...

GEORGE TOWN - Seorang ibu tunggal dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Tinggi...

Konspirasi PH-AS Hapus Bukti...

BONGKAR... Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam bangkit persoal kebenaran diberi...

Monumen Gempa Bumi Kinabalu...

KUNDASANG - Sebuah monumen daripada batu granit telah dibina sebagai memperingati tragedi gempa...

Krisis Rusia-Ukraine: Malaysia Harap Penyelesaian Damai Segera Dicapai – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Malaysia berharap agar satu jalan penyelesaian damai yang terbaik di antara Ukraine dan Rusia dapat segera dicapai, seterusnya berjaya menyelesaikan konflik itu.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui hantaran terbaharu di akaun Twitter rasminya, hari ini.

Beliau turut meluahkan rasa dukacita atas perkembangan di Ukraine dan memaklumkan keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan rakyat Malaysia di negara itu berada dalam keadaan selamat.

Terdahulu, dalam sidang media pada akhir lawatan rasmi dua harinya ke Kemboja pada Khamis, Ismail Sabri berkata Malaysia sedang dalam proses memindahkan 11 rakyatnya dari Ukraine.

Menurut laporan media antarabangsa, Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis mengumumkan operasi ketenteraan khas di wilayah Donbas, timur Ukraine.


Susulan itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengisytiharkan darurat di seluruh negara.

Ukraine turut mengumumkan penutupan ruang udaranya untuk kegunaan awam, disebabkan ‘risiko tinggi’ terhadap penerbangan awam.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori