Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mahkamah Izinkan Equanimity Dijual

KUALA LUMPUR - Mahkamah Admiraliti hari ini memberi keizinan kepada kerajaan serta 1Malaysia...

Jalan Sultan Ismail Ditukar...

Kuala Lumpur : Jalan Sultan Ismail, di sini, akan ditukar menjadi laluan dua...

Henti Kecam Fatin –...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta rakyat,...

Mahkamah Minta Laporan Mental...

BANTING - Mahkamah Majistret di sini, hari ini tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan...

Krisis Rusia-Ukraine: Tentera Putin Mara Ke Kiev, Zelenskyy Kekal Untuk Berlawan

KIEV: Tentera Rusia terus mara ke ibu negara Ukraine pada Sabtu, selepas penduduk Kiev mencari perlindungan bawah tanah akibat letupan dan pertempuran di jalanan sepanjang malam.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy bagaimanapun menolak tawaran Amerika Syarikat untuk dibawa keluar, sebaliknya tekad untuk kekal di ibu negara.

Namun, masih belum jelas sejauh mana tentera Rusia berjaya menceroboh Kiev.

Beberapa pegawai kerajaan Ukraine melaporkan kejayaan mengatasi serangan, namun pertempuran masih berterusan berhampiran bandar tersebut.

Menurut penasihat Zelenskyy, Mykhailo Podolyak, beberapa pasukan kecil tentera Rusia cuba memasuki Kiev.

Manakala Datuk Bandar Kiev Vitali Klitchsko berkata, sebuah bangunan di bahagian barat daya bandar itu mengalami kerosakan akibat serangan peluru berpandu.

Namun, tiada kehilangan nyawa atau kecederaan dilaporkan secara rasmi setakat ini.


Associated Press turut melaporkan bahawa Amerika Syarikat mendesak Zelenskyy supaya melarikan diri dari Kiev, namun beliau menolak tawaran tersebut.

Seorang pegawai risikan kanan Amerika memberitahu bahawa presiden itu berkata, dia memerlukan amunisi, bukan laluan keluar.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat percaya bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin berhasrat untuk meruntuhkan kerajaan Ukraine bagi menggantikannya dengan rejim sendiri.

Pencerobohan Ukraine itu disifatkan sebagai usaha terbesar Putin untuk melakar semula peta Eropah dan menghidupkan semula pengaruh Moscow dari era Perang Dingin.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori