Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kashmir: Ban Ki-moon Tawar...

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, pada Jumaat...

Naik Taraf Lapangan Terbang...

LAHAD DATU - Projek menaik taraf dan memanjangkan landasan Lapangan Terbang Lahad Datu...

Tawaran Live On Air...

SETELAH mendapat tempahan lebih 200 usahawan kecil dengan nilai iklan melebihi RM1 juta, Projek...

Shehran Mahu Tumbangkan Peninju...

PETALING JAYA – Peninju profesional negara, Muhammad Shehran mahu meraih kemenangan KO (Technical...

Krisis Ukraine-Rusia: Darurat 30 Hari Di Seluruh Ukraine

DARURAT selama sebulan diisytihar di seluruh Ukraine pada Khamis ketika kebimbangan pencerobohan oleh Rusia semakin memuncak.

Ia susulan penggubal undang-undang meluluskan dekri oleh Presiden Volodymyr Zelenskyy untuk mengenakan darurat selamat 30 hari bermula Khamis.

Keadaan darurat membolehkan pihak berkuasa mengenakan perintah berkurung dan sekatan ke atas pergerakan, menghalang perhimpunan dan menyekat parti serta organisasi politik.

Ia dilaporkan demi kepentingan ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Pengisytiharan itu susulan tindaan Presiden Rusia Vladimir Putin pada Isnin yang mengiktiraf kemerdekaan dua wilayah pemberontak di timur Ukraine.


Ia selepas wilayah itu menghadapi konflik dengan pemberontak pro-Rusia selama hampir lapan tahun, menyebabkan lebih 14,000 nyawa menjadi korban.

Putin juga membenarkan penempatan tentera Rusia di kawasan itu sebagai alasan untuk mengekalkan keamanan dan turut mendapatkan kelulusan Parlimen bagi menggunakan kekuatan tentera di luar negara.

Pihak berkuasa Ukraine turut mengulangi kebimbangan, kumpulan pro-Rusia dalam negara itu boleh menggugat kestabilan, termasuk parti politik pro-Moscow yang diwakili di Parlimen.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori