Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Adakan Operasi Penguatkuasaan Besaran...

Kuala Lumpur : Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR) mendesak supaya operasi besar-besaran...

Warga Asing Bukan Nak...

Shah Alam : Tiada unsur penculikan dikesan dalam kejadian bayi perempuan berusia 19...

Bukan… Mereka Bukan Singa...

SEKALI imbas, mesti ramai berpendapat agak 'luar biasa' apabila dua ekor singa jantan...

Gangguan Bekalan Air Di...

SEREMBAN - Beberapa kawasan di Seremban, Tampin dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan...

Lebih Ramai Pelajar Tercicir Jika PdPR Dilaksanakan Semula

KITA tahu Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa mencari jalan terbaik untuk sesi persekolahan terus dijalankan dengan lancar.

Justeru, datanglah varian apa pun atau kluster baharu semuanya bergantung kepada diri sendiri. Kita yang berada di barisan hadapan dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan dengan baik.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini banyak mendedahkan kepada warga pendidik bahawa ramai pelajar ketinggalan dalam pelajaran. Kita faham kerajaan perlu mengumumkan PKP kerana kes COVID-19 yang tinggi, tetapi pada masa sama perlu juga untuk sedar dan melihat dengan teliti bahawa tidak ramai murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dan peratusan kehadiran juga sangat minimum.

Ada sesetengah murid terutama mereka yang kurang menguasai pelajaran, terus sahaja hilang dari radar dengan alasan tiada gajet untuk ikuti PdPR atau tiada duit untuk beli tambah nilai. Namun, kita juga tahu itu semua alasan. Apabila kerajaan memberi bantuan yang sepatutnya, mereka ambil, tetapi ia digunakan untuk muat turun pelbagai jenis aplikasi permainan.

Namun, bagi kelompok berpendapatan rendah memang difahami masalah untuk menambah nilai data memang nyata. Kelas perlu dihadiri setiap hari dan tambahan nilai data memang diperlukan.

Keadaan ini dikhuatiri tidak banyak berubah jika PdPR dilaksanakan semula. Pelajar akan lebih ramai tercicir sedangkan ramai yang perlu dibimbing.

Saya secara peribadi tidak bersetuju PdPR dilaksanakan kembali. Kita tidak tahu di mana murid ini berada ketika sepatutnya mereka masuk ke kelas. Kadangkala keluarga tidak memberi kerjasama.


Jika ditinjau dari sudut kehadiran pula, sekolah memberi cuti untuk kes COVID-19, tetapi sebaliknya murid dan keluarga sempat pula berjalan ke sana sini dalam tempoh cuti itu.

Apabila kembali ke sekolah, mereka ini berisiko membawa jangkitan kepada pelajar lain. Apabila kes kembali naik, PdPR dilaksanakan. Namun, adakah keluarga dan ibu bapa menyedari tanggungjawab mereka? Apa yang terlihat jelas, ada pihak kelihatannya mengambil kesempatan atas semua ini.

Saya sangat tidak setuju jika PdPR diadakan semula kerana membazir masa guru serta memenatkan mereka, tetapi hasilnya pelajar tidak pun dapat kuasai sepenuhnya apa yang diajar.

Saya harap KPM berfikir secara rasional jika PdPR diadakan semula kerana kita tahu hakikatnya ia tidak memberi impak yang jitu kepada murid terutama pelajar sekolah rendah.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori