Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Yang Ditinggal Di...

SUDAH empat hari berlalu, namun kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang ditinggalkan di kawasan...

Lelaki Naik Kuda Pergi...

GAMBAR seorang lelaki yang menunggang kuda ke tempat kerjanya telah mendapat perhatian masyarakat...

Istana Negara Ulangi Pendirian...

PETALING JAYA - Istana Negara hari ini mengumumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah...

JDT Dapatkan Khidmat Pemain...

PASUKAN Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mendapatkan khidmat pemain import dari...

Makkal Sakthi Harap Dapat Kerusi Dari BN

PRN JOHOR | Makkal Sakthi Malaysia berharapkan mereka akan diberi peluang untuk bertanding menggunakan tiket BN sesuai dengan dasar mereka sebagai parti mesra dengan gabungan berkenaan.

Presidennya RS Thanenthiran bagaimanapun berkata mereka tidak membuat sebarang permohonan secara rasmi kepada BN bagi menyertai PRN Johor.

Pun begitu dia berkata Makkal Sakthi menyasarkan empat kerusi parlimen dan lima kerusi DUN pada PRU akan datang dengan satu daripadanya berada di Johor.

“Maka, kami harap pucuk pimpinan BN di bawah pimpinan Ahmad Zahid Hamidi memberi peluang kepada Makkal Sakthi untuk turut bertanding bersama-sama komponen BN pada kali ini,” katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, dia tidak menyebut kerusi yang diminta oleh parti tersebut.

Thanenthiran juga berkata parti itu tidak akan berasa kecewa sekiranya tidak diperuntukkan kerusi pada PRN ini.


“Kami tidak paksa pucuk pimpinan BN untuk mendapatkan kerusi. Yang penting adalah kemenangan BN,” katanya.

Makkal Sakthi adalah antara beberapa parti politik yang masih menunggu permohonan untuk menjadi komponen BN.

Buat masa ini, BN mempunyai empat parti komponen iaitu Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

PRN Johor ditetapkan pada 12 Mac ini.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori