Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Aasha, Harimau Kurus Kering...

WASHINGTON DC - Di hutan, harimau atau dirujuk sebagai Pak Belang dianggap seperti...

Enam Negeri Sepakat Bubar...

SHAH ALAM: Enam negeri, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu...

Beri Tumpuan Kepada Aspek...

LABUAN - Aspek keselamatan dan kesihatan di sekolah-sekolah berasrama penuh wajar diberikan lebih...

Pastikan Rumah Bebas Aedes...

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang kembali ke rumah selepas menyambut Hari Deepavali...

Malu Apa Atok Mudah Lupa

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengemukakan tiga janji kepada rakyat Johor sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menerusi tema yang dikenali Aspirasi Johor.

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata tiga janji berkenaan adalah kerajaan yang adil untuk semua, melawan gejala rasuah dan menghapuskan nilai hidup ‘tidak berasa malu’ untuk melakukan kesalahan.

“Kami juga akan berjuang melawan rasuah habis-habisan bagi mengurangkan kesan ketara terhadap ekonomi, politik dan sosial dalam negara.

“Pejuang juga berhasrat mengubah haluan negara daripada hanya bergantung kepada pelaburan asing kepada pelaburan domestik secara besar-besaran”

Memang lemah jika ada sesiapa boleh mempercayai kata-kata ini. Meskipun tidak menggunakan istilah manifesto, sebaliknya aspirasi tetapi inilah jua manifesto terbaru oleh Tun Mahathir.

Tun Mahathir selepas PRU-14 berkata manifesto bukan kitab suci, maka apa jaminan aspirasi juga bukan kitab suci memandangkan ia perkara yang sama iaitu janji-janji sempena pilihan raya.

Tun Mahathir menuduh Melayu mudah lupa sedangkan beliau yang sering terlupa. Segala-gala janji beliau ibarat meludah ke langit jika dikaitkan apa yang beliau lakukan sepanjang 22 tahun dan 17 bulan menjadi Perdana Menteri.

Beliau berjanji akan mewujudkan kerajaan yang adil untuk semua sedangkan mana-mana pemimpin politik berdepan isu rasuah tidak dikenakan tindakan mahkamah selepas melompat katak kepada beliau.

Apakah adil rakyat tidak boleh terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan, penjawat awam diminta ikat perut ketika negara berdepan kemelut ekonomi disebabkan kerajaan PH sedangkan kroni-kroninya menikmati projek-projek mega kerajaan?


Apakah adil untuk Tun Mahathir melantik Petron yang pengarah syarikat induknya adalah Mirzan sebagai “salah satu” pembekal minyak untuk kenderaan kerajaan sejurus beliau menang PRU-14?

Apakah adil Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau sahkan sebagai peliwat dan dipenjarakan, namun dibebaskan hanya kerana PKR menjadi sekutu politik beliau untuk menumbangkan kerajaan BN?

Beliau berjanji kerajaan Johor yang baharu akan melawan gejala rasuah dan menghapuskan nilai hidup ‘tidak berasa malu’ untuk melakukan kesalahan.

Sekali lagi apakah perbuatan memberi projek-projek besar kepada kroni dengan alasan cuma mereka yang layak walhal ramai pakar dan usahawan bumiputera berkaliber dalam negara bukan sesuatu yang memalukan?

Sebenarnya Tun Mahathir sudah tiada ada “moral standing” dan tidak layak untuk berjanji apa-apa lagi kepada rakyat selepas apa yang rakyat rasai, alami dan lihat sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri.

Jika ada sedikit perasaan malu pada atukmu seharusnya beliau sudah berhenti daripada dunia politik mengadu domba dan tidak terus dipergunakan oleh kroni-kroninya demi mengaut kekayaan yang tidak pernah-pernah cukup.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori