Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Thailand Kembalikan Perjalanan Tanpa...

PUSAT Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thailand bersetuju memperluaskan satu lagi program pengecualian kuarantin...

China Akan Terus Bantu...

JOHOR BAHRU - China akan terus membantu dalam pembangunan Johor bagi...

Lelaki Menyamar Pegawai Polis...

GEORGETOWN - Seorang lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

Dana Politik Yang Diterima...

KEPALA BATAS - Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata...

Mangsa Banjir Di Pitas Bertambah

Pitas : Jumlah mangsa banjir bagi daerah Pitas meningkat kepada 719 orang membabitkan 236 keluarga setakat 9.30 pagi hari ini, berbanding 386 mangsa daripada 117 keluarga 8 malam tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, empat pusat pemindahan sementara (PPS) sudah dibuka.

“Seramai 510 mangsa melibatkan 170 keluarga kini berada di PPS Dewan Kampung Sinukab manakala 81 orang penduduk membabitkan 29 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas ll.

“Selain itu, PPS Dewan Kampung Kusilad menempatkan 73 mangsa banjir melibatkan 20 keluarga dan seramai 55 mangsa meliputi 17 keluarga berada di PPS Dewan SK Rukom,” katanya dalam kenyatakan media, di sini, hari ini.


Dalam pada itu, jurucakap APM menasihatkan penduduk kampung khususnya di kawasan rendah atau berhampiran sungai agar sentiasa berwaspada berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori