Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

339 Pati Ditahan Sekitar...

KOTA KINABALU - Sebanyak 339 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi...

Zakiah Perjelas Faktor Puteri...

KUALA LUMPU - Pembelaan berterusan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kepada masyarakat Semporna...

Kerajaan Peruntuk RM975.37 Juta,...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan RM975.37 juta bagi menampung kerja-kerja penggantian paip air...

Sukan SEA: Malaysia Tewas...

MALAYSIA mengalami kekalahan pertama pada saingan Sukan SEA 2015 selepas tewas 5-1 kepada...

Mangsa Banjir Diselamatkan Dengan Helikopter

Kuala Berang : Helikopter terpaksa digunakan bagi memindahkan 18 mangsa banjir termasuk bayi dan warga emas selepas laluan ke kediaman mereka di Kampung Lubok Pait di sini, terputus hubungan akibat banjir hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang Hanafi Mohd berkata, khidmat bantuan udara terpaksa digunakan kerana laluan darat sudah ditenggelami air dan tidak boleh semua kenderaan.

Beliau yang turut terperangkap bersama beberapa anggota di lokasi kejadian berkata, pihaknya ke kampung berkenaan untuk melakukan operasi menyelamat pada 6 pagi tadi.

“Namun, sebaik tiba di lokasi, air semakin naik menyebabkan laluan ke kampung berkenaan ditenggelami air sehingga mencecah paras dua meter menyebabkan kami terperangkap di lokasi kejadian,” katanya.

Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan keadaan banjir di daerah ini semakin buruk apabila beberapa kampung dinaiki air dan terputus hubungan.


Air naik secara mendadak pada awal pagi menyebabkan penduduk menjadi kelam-kabut untuk menyelamatkan diri.

Situasi itu menyebabkan ada penduduk terpaksa mencari tempat tinggi seperti bumbung dan kawasan bukit bagi menyelamatkan diri sebelum diselamatkan anggota penyelamat.

Hujan lebat berterusan turut mengakibatkan dua pusat pemindahan banjir (PPS) iaitu Kampung Lubuk Periuk dan Masjid Kampung Peneh di sini, turut dinaiki air.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori