Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ternak Lembu Baka Brazil...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan mengambil langkah...

Mahathir Lantik 3 Belia...

PETALING JAYA - Perdana menteri melantik tiga belia untuk menganggotai Majlis Tindakan Ekonomi...

936 Buruh Warga Asing...

SEREMBAN - Seramai 936 buruh binaan warga asing ditahan dalam Ops Ikrar Bersepadu...

Pemandu Lori Sebabkan Kematian...

GERIK - Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian empat sekeluarga di...

MBK Sedia 24 Lokasi Bazar Ramadan, Aidilfitri

Kuantan : Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menyediakan 24 lokasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di kawasan pentadbiran MBK, tahun ini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal berkata, kebenaran 24 lokasi itu membabitkan 1,800 tapak niaga.

Katanya, setakat ini, permohonan penganjuran bazar Ramadan dan Aidilfitri sudah dibuka bermula 18 Februari lalu.

“Borang permohonan boleh dimuat turun melalui http://mbk.gov.my/portal/ dan tarikh tutup sebelum 12 tengah hari pada 28 Februari ini.

“Borang berkenaan hendaklah dihantar ke Bahagian Penjaja MBK,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, tahun ini, semua peniaga disyaratkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).


Bagaimanapun, katanya, pihaknya sedang menunggu pematuhan SOP mengenai bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memastikan keselamatan kepada peniaga dan pengunjung.

“Pada masa sama, kebersihan bukan sahaja kepada penyediaan makanan dan minuman, malah turut membabitkan kebersihan gerai dan peralatan digunakan.

“Sehubungan itu, kita meminta peniaga termasuk pengunjung mematuhi syarat ditetapkan apabila berada di bazar Ramadan dan Aidilfitri untuk menyekat penularan wabak Covid-19,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori