Tuesday, November 19, 2024

Creating liberating content

Rody Kristal Nikahi Atlet...

NAMPAKNYA bulan April menjadi pilihan untuk selebriti di Malaysia untuk menuju ke gerbang...

MOSTI Cadang Wujudkan Bandar...

JEMPOL - Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) bercadang mewujudkan sebuah bandar angkasa...

Jangan Terpedaya Sindiket Penipuan...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh...

ASEAN: PM NZ Mungkin...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri New Zealand, John Key dijangka mengumumkan beberapa insiatif...

MCA Belum Tahu Dapat Berapa Kerusi

JOHOR BAHRU: Perbincangan pembahagian kerusi yang akan ditandingi MCA dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini belum dimuktamadkan lagi dan kini masih dalam proses perbincangan dengan Barisan Nasional (BN).

Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, keputusan muktamad itu akan diumum satu atau dua hari sebelum hari penamaan calon.

“Perbincangan dilakukan secara musyawarah serta atas semangat perkongsian kuasa antara parti-parti komponen BN.

“Apa sahaja yang dibincangkan tidak boleh didedahkan dan apa yang belum dimuktamadkan tidak wajar dimaklumkan.

“Kita bukan nak tuntut kerusi melalui media, itu hanya perang mulut sahaja.

“Kita akan cari formula terbaik untuk semua pihak,” katanya yang mengulas jumlah kerusi yang akan ditandingi MCA pada PRN Johor.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) Johor Bahru di Permas Jaya di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak.


Dalam pada itu, Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, semua pihak perlu akur dengan kehendak pematuhan prosedur operasi standard (SOP) menjelang PRN Johor nanti.

“Program kita hari ini pun walaupun bersifat politik, kita jaga kesihatan semua yang hadir.

“Wajar juga pematuhan SOP. Apabila SPR atau KKM umumkan SOP, saya rasa kita perlu akur.

“Apa yang direncanakan adalah untuk kebaikan. Dahulu saya ingat di Melaka tak boleh, sungguh pun ada ruang untuk kita.

“Di pejabat masing-masing boleh adakan perbincangan atau nak buat program yang tidak libatkan lebih 100 orang.

“Kalau kita lihat sebelum itu tak boleh dari rumah ke rumah, tapi di luar pagar. Itu satu yang berbeza,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori