Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Demi Bela Kekasih, Faye...

SEJAK semalam, kemelut perceraian penyanyi Elly Mazlein dan bekas suaminya, Azmi Hatta menjadi gosip...

Imigresen Kedah Tahan 10...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

Si Ratu Cantik Angkat...

YANGON - Rupawan ini bukan sebarangan Ratu Cantik Myanmar, sebaliknya memiliki semangat juang...

Mapim Sarawak Gesa Kaji...

Kuching : Kadar peruntukan untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) perlu dikaji semula memandangkan...

Mengapa Perang Rusia-Ukraine Rapat Di Jiwa Rakyat Malaysia?

Kerana pada 17 Julai 2014, penerbangan MAS MH17 telah ditembak jatuh di wilayah konflik Donetsk oleh pasukan pemberontak pro-Rusia yang menyebabkan 298 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Daripada 298 orang itu, 43 orang adalah rakyat Malaysia, 154 orang adalah rakyat Belanda (Netherlands) , 27 dari Australia, 12 dari Indonesia, sembilan dari United Kingdom, empat masing-masing dari Jerman dan Belgium, tiga dari Filipina serta satu dari Kanada.

MH17 ketika itu dalam penerbangan dari Belanda menuju ke Malaysia.

Setakat ini, 3 warga Rusia dan seorang warga Ukraine sedang dibicarakan di mahkamah di Belanda dengan pihak pendakwaan menuntut hukuman penjara seumur hidup ke atas mereka.

Kesemua mereka bagaimanapun dibicarakan tanpa hadir (absentia) kerana Rusia tidak membenarkan ekstradisi ke atas rakyat mereka.

Menurut laporan awal oleh pihak berkuasa Ukraine, pesawat itu telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara jenis Buk oleh para pemisah bersenjata semasa berada pada ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).


Kejadian ini merupakan kejadian malang kedua bagi Penerbangan Malaysia, kira-kira empat bulan selepas peristiwa kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014.

Ia juga merupakan peristiwa terbesar penerbangan ini setakat ini; dengan 280 penumpang terlibat, kejadian ini melibatkan lebih ramai penumpang berbanding peristiwa MH370 yang melibatkan 227 penumpang.

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori