Semalam saya tanya Tun Mahathir berkenaan komen beliau berhubung isu hangat mengenai kes anak taikun yang disyaki menanam berpuluh pokok ganja digugurkan ataupun dikurangkan tuduhan dadah tapi Tun tidak menjawab.
Thomas telah membalas secara rasmi bahawa dia tidak mengaku menerima suapan untuk gugurkan kes tetapi dia mengesahkan dia cuma kurangkan tuduhan terhadap anak taikun tersebut.
Hari ini saya tanya lagi Dr. Mahathir bin Mohamad, Tommy Thomas dan juga peguam negara hari ini.
Kenapa tuduhan dikurangkan seperti diakui Tommy dan tuduhan tersebut telah dikurangkan dari seksyen apa ke sekysen mana?
Apa telah terjadi bagi kes tahun 2019 ini?
Apa hukuman yang telah dikenakan ke atas anak taikun berkenaan setelah tuduhan dikurangkan oleh Tommy sedangkan orang biasa yang juga didapati menanam 16 ataupun 20 buah pokok ganja telah dihukum penjara seumur hidup atau menghadapi tali gantung?
Adakah kerajaan hari ini patut siasat sekiranya wujudnya salah guna kuasa ketika pentadbiran kerajaan PH dan PN masa itu?
-Mynewshub