Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

“Pekerja Pembersihan Juga Wira...

ARAU - Bergelumang dengan kekotoran dan bau busuk, selain berdepan risiko dijangkiti pelbagai...

Video: Mat Yo Menyombong...

RASANYA masih ramai lagi belum kebah dengan demam Piala Malaysia yang menyaksikan Pahang...

Rohingya Bukan Isu Domestik...

SINGAPURA – Myanmar tidak boleh mengatakan isu etnik Rohingya sebagai masalah domestik semata-mata...

Ameng Amal Tarannum Sebagai...

SIAPA yang tidak kenal dengan Ameng Spring kan? Vokalis band Spring yang sangat...

Misteri Ribuan Burung ‘Jatuh’ Dari Langit Dan Mati

RIBUAN burung dilaporkan secara tiba-tiba ‘jatuh’ dari langit dan mati dalam kejadian di sebuah pekan kecil di Chihuahua, Mexico.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan burung-burung tersebut jatuh ke tanah dipercayai berhampiran sebuah kediaman.

Video berdurasi 36 saat yang dimuat naik di Instagram TRT World turut memaparkan spesies berwarna hitam dan kuning itu bergelimpangan di atas jalan.

Menurut beberapa laporan, kematian burung-burung malang itu kemungkinan disebabkan kepekatan bahan pencemar di udara.

Selain itu, ada juga yang mendakwa ia berpunca daripada renjatan elektrik.


Bagaimanapun, setakat ini punca sebenar kejadian masih belum disahkan.

Kejadian burung jatuh dari langit dan mati bukan pertama kali berlaku di Mexico.

Insiden hampir sama pernah dilaporkan pada 20 Ogos tahun lalu, yang mana pakar mengesyaki ia berpunca daripada kebakaran hutan yang berlaku di pantai barat negara itu.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori