Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Semak Kelayakan Ujian Pemeriksaan...

KUALA LUMPUR - Orang ramai boleh melakukan semakan dalam talian bermula 12 September...

Mahkamah Putuskan Telekung Suqainah...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memutuskan Telekung Suqainah Lite milik Airaz Technologies Sdn Bhd...

Beckham & Anak Kemalangan,...

Walaupun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan, namun figura terkenal sukan bola sepak, David...

Jumlah Pekerja Asing Ada...

KUALA LUMPUR - Jumlah pekerja asing di negara ini yang dijangkiti penyakit Tuberkulosis...

Movenpick KLIA Sedia Santuni Bakal Jemaah Haji

SEPANG : Setelah dua tahun ditunda, Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen KLIA di sini bersedia menyantuni ribuan bakal jemaah haji sebelum mereka ke Tanah Suci.

Malah, Pengurus Besarnya, Wan Enderi Mohd. Saad optimis tahun ini kemungkinan tiada lagi penangguhan penghantaran kumpulan jemaah haji Malaysia berdasarkan pelbagai langkah protokol kesihatan ketat oleh kerajaan Arab Saudi bagi mengekang Covid-19.

ā€œSebenarnya dari tahun lepas lagi, kita sudah bersedia dengan persiapan amat rapi bahkan pihak Tabung Haji turut melakukan simulasi siri latihan untuk operasi berskala penuh.Namun, kita akur apabila kerajaan memutuskan penangguhan dua tahun berturut-turut,ā€ katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan acara previu bufet iftar Ramadan semalam.

Tahun lalu, kerajaan Arab Saudi sekali lagi mengumumkan penutupan pintu sempadan untuk kemasukan lebih dua juta jemaah bagi menunaikan haji.

Namun, ekoran kebimbangan varian baharu Delta ketika itu, 263 warga Malaysia yang berada di negara tersebut dipilih antara 60,000 jemaah berpeluang melakukan haji.


Hotel Movenpick yang dimiliki oleh Tabung Haji serta dibuka pada 2018, berpengalaman luas dalam pengendalian puluhan ribu jemaah.

Mengulas lanjut, Wan Enderi menjangkakan pihak Arab Saudi akan membuka semula pintu susulan kejayaan prosedur operasi standard ketat untuk ibadah umrah sejak Oktober tahun lalu.

Justeru jelasnya, Hotel Movenpick sudah merangka pelbagai pelan tindakan sekiranya Malaysia akan dapat menghantar kembali jemaah haji untuk musim ini.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori