Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

3,000 Pemilik LPS Perak...

IPOH - Lebih 3,000 keluarga yang memiliki Lesen Pendudukan Sementara (LPS) di Perak...

MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia...

PUTRAJAYA - 'MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia' akan dilancarkan pada Jumaat ini yang dirangka...

Spender Biadap: Rani Kipidap...

KUALA LUMPUR - Australia perlu mohon maaf kepada Malaysia atas perlakuan biadap rakyatnya...

Anggota Bomba Cedera Terkena...

KOTA KINABALU - Seorang anggota bomba cedera dipercayai terkena renjatan elektrik ketika operasi...

MUDA Bakal Atasi PKR?

Apakah Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersilap langkah mempercayai Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor?

Begitu yakin mahu mengagihkan sebilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk ditandingi oleh MUDA atas nama kerjasama politik.

PKR wajar menghayati salasilah pengasas parti MUDA yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sebelum membuat keputusan penting tersebut.

Pertama Syed Saddiq adalah bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan ahli politik yang digilap oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dan Mahathir adalah punca utama yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih `PM tepi’ hingga hari ini.

Bukankah Syed Saddiq telah menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Mahathir semasa krisis perpecahan Bersatu sebelumini.

Syed Saddiq malah antara beberapa pemimpin Bersatu yang sanggup dipecat kerana enggan tunduk kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jadi apa jaminan kepada PKR bahawa Syed Saddiq bukan proksi Mahathir untuk terus menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri?


Apa jaminan MUDA tidak akan berpaling tadah daripada PKR dan bersama parti baharu Mahathir, Pejuang yang akan turut bertanding PRN Johor?

PKR harus ingat MUDA bakal menjadi saingan paling kuat PKR sebagai sebuah parti politik `multiracial’ di negara ini.

Ini bermaksud PKR akan terpaksa merelakan penyokong mereka dipengaruhi oleh parti MUDA disebabkan kerjasama tersebut.

Secara ilmiahnya untuk MUDA terus berkembang dalam arena politik tanah air, PKR harus mati kerana segmen undi kedua-duanya adalah sama.

PKR perlu ingat hubungan rapat Syed Saddiq dengan DAP yang sejak kebelakangan ini sedikit sebanyak mengkritik kepimpinan Anwar dalam PH.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori