Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Guan Eng Sokong GST...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menyambut...

Khalid Samad Akui, PAS...

KUALA LUMPUR - PAS mengakui parti itu terpaksa mengalah dengan DAP dan Parti...

DBKL Batal 10 Projek...

KUALA LUMPUR ā€” Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membatalkan 10 projek bernilai...

Isu TPPA: Malaysia Berjaya...

KETIKA ada pihak tertentu cuba memutar belit fakta konon Malaysia 'menggadai' maruahnya menerusi...

MUDA Tuntut Tiga Kerusi ‘Boleh Menang’ PKR

JOHOR BAHRU: Rundingan agihan kerusi antara Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan PKR tidak dapat diteruskan berikutan MUDA bertegas menuntut kerusi lain selain yang ditawarkan kepada mereka.

Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata PKR menawarkan MUDA tiga kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

“Namun tiga kerusi yang ditawarkan oleh PKR telah ditolak dan MUDA masih menuntut kerusi yang lain daripada tawaran.

“Ia turut menjadi sulit apabila kerusi yang ‘dituntut’ adalah kerusi bandar dan campuran yang tidak mudah dicatur tanpa mengambil kira kekuatan yang ada pada PKR. Justeru, rundingan tidak dapat diteruskan,” katanya.

Difahamkan MUDA menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, Kempas dan Gambir. DUN Larkin dan Kempas adalah kerusi bandar.

Bagaimanapun PKR menawarkan kerusi kawasan luar bandar iaitu DUN Semarang, Seri Medan dan Tanjung Surat yang juga kubu kuat UMNO.

MUDA hari ini dilaporkan akan mengadakan mesyuarat khas esok bagi membincangkan tindakan PKR yang menamatkan rundingan rasmi dan mengambil keputusan tidak memberi sebarang agihan kerusi kepada parti itu, setakat ini.

Syed Saddiq dilaporkan berkata ia berikutan tidak ada sebarang perkembangan dan perubahan keputusan daripada pimpinan PKR berkaitan agihan kerusi kepada MUDA.


PKR dilaporkan telah membuat keputusan untuk mengumumkan senarai calonnya di 20 kerusi, sekali gus menamatkan rundingan rasmi bersama MUDA.

Syed Ibrahim menegaskan siri rundingan bersama MUDA dilakukan beberapa kali dengan secara jujur dan terbuka dalam semangat kebersamaan pembangkang di Johor.

Beliau berkata, sebagai anggota komponen PH, PKR tetap berpegang kepada muafakat bersama rakan yang menekankan kesetiakawanan tanpa ugutan atau ancaman.

“Sejak pembangkang bersama, sama ada ketika Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat atau PH, semangat ini tetap dipegang tanpa pertindihan kerusi demi pembelaan rakyat dan masa depan negara.

“Janganlah dicemari semangat itu demi tuntutan semata-mata. Tumpulah kepada kerusi yang ditandingi untuk membela rakyat dan membawa masa depan serta maruah Johor dan rakyatnya,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori