Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

609,539 Individu Terima Suntikan...

KUALA LUMPUR - Seramai 609,539 individu melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program...

Peguam Negara Nafi Kematian...

KUALA LUMPUR - Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini mengulangi...

Johor Cadang Laksana Larangan...

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Negeri Johor bercadang melaksanakan larangan penggunaan polisterin dan plastik...

Penguasa Kanan SPRM Didakwa...

KUALA LUMPUR : Seorang Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di...

Muda Yakin Tiada Unsur Sabotaj Di Puteri Wangsa

JOHOR BAHRU : Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) percaya tidak akan berlaku sebarang unsur sabotaj membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa khususnya daripada ahli atau penyokong PKR.

Setiausaha Agung Muda, Amira Aisya Abd. Aziz berkata, hal itu kerana persefahaman sudah dicapai dengan parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum kerusi itu diberi kepada pihaknya.

“Saya menghormati semua rakan-rakan dalam blok pembangkang seperti PKR, DAP dan juga Parti Amanah Negara (Amanah) yang merupakan kawan-kawan dalam PRN Johor ini. Saya juga menghormati Puan Napsiah (Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Kamis Maharan) dan saya tahu dia telah melakukan banyak kerja-kerja yang baik di kawasan Puteri Wangsa.

“Namun begitu saya telah diamanah untuk membawa nama Muda dan juga nama rakan-rakan (PH) di DUN Puteri Wangsa. Saya pasti beliau juga memahami amanah tersebut dan perkara ini tidak akan mengganggu gerak kerja saya di sini dan saya akan pastikan ia terus diperkemas,” katanya.

Amira Aisya dinamakan sebagai calon Muda bagi kerusi DUN Puteri Wangsa oleh presiden parti itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam majlis di Taman Eco Cascadia di sini, semalam.

Anak kelahiran Kampung Melayu Majidee, di sini yang berusia 27 tahun itu adalah calon pertama yang diumumkan Muda untuk bertanding dalam PRN Johor pada 12 Mac ini.


Pada 9 Februari lalu, Napsiah meluahkan rasa kecewa dengan keputusan Amanah yang menyerahkan kerusi DUN Puteri Wangsa kepada Muda serta menganggap tindakan itu sebagai satu pengkhianatan.

Kerusi DUN berkenaan diserahkan kepada Amanah melalui rundingan yang dijalankan dalam kalangan pemimpin parti komponen gabungan tersebut sebelum rundingan bersama Muda berlangsung.

Sementara itu, Amira Aisya turut memberitahu, isu agihan kerusi antara Muda dan PH sudah selesai terutama selepas pihaknya mementerai memorandum persefahaman (MoU) dengan DAP dan Amanah baru-baru ini.

“Dalam MoU tersebut kita juga telah tandatangani bahawa Muda akan membantu calon-calon DAP dan Amanah dan mereka juga akan membantu kami. Namun, untuk PKR pula sebenarnya sesi rundingan belum tamat,” jelasnya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori