Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

RM400,000 Untuk Naik Taraf...

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM400,000 bagi menaik taraf...

Sebak Lihat Anak Lemas...

PEKAN - “Ketika melihat anak tergelincir ke dalam longkang batu dan mula terkapai-kapai,...

Raja Muda Perlis Seru...

COLOMBO - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru umat Islam...

Najib Dakwa Kerajaan PH...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (HP) memperdaya...

Murid Pulang Bercuti Tahun Baharu Cina Tidak Dibenar Kembali Ke Asrama

KUALA LUMPUR: Pelajar daripada bukan kelas peperiksaan yang pulang bercuti sempena Tahun Baharu Cina tidak dibenarkan kembali ke asrama.

Sebaliknya, mereka perlu mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) masing-masing, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan (KPM) membuat ketetapan itu sebagai usaha mengawal jangkitan COVID-19 serta melindungi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kita ingin memastikan anak-anak kita yang bakal menduduki SPM pada Februari dan Mac ini berada dalam keadaan yang terlindung dan mereka dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat dan teratur.

“Kita akan terus pastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah berasrama khususnya, dapat terus ditingkatkan.

“Pada masa sama, kami juga meningkatkan pemantauan sekolah-sekolah di bawah KPM bagi memastikan segala SOP dipatuhi dengan baik dan kita dapat mengurangkan risiko jangkitan di sekolah,” katanya.

Secara umum, katanya, sesi persekolahan tahun 2021/2022 bagi penggal ketiga yang bermula 9 Jan lalu berjalan dengan teratur dan lancar.

Bagaimanapun, mutakhir ini, ramai yang membincangkan mengenai peningkatan kes COVID-19 dalam sektor pendidikan.

Katanya, berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM), dari 1 Jan hingga 1 Feb 2022, terdapat 118,238 kes COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 8,451 kes atau 7.15% adalah berkaitan sektor pendidikan.

Dalam tempoh sama, Radzi berkata, terdapat 303 kluster di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 100 (33%) kluster melibatkan institusi pendidikan di bawah KPM, 86 (28.38%) institusi pendidikan lain dan 117 (38.62%) sektor lain.


“Daripada 100 kluster yang melibatkan keseluruhannya 5,494 kes, 96 kluster melibatkan institusi bawah KPM sementara empat kluster institusi swasta berdaftar dengan KPM.

“Daripada 96 itu, 84 melibatkan institusi berasrama iaitu 76 asrama harian dan lapan berasrama sepenuhnya.

“Jika kita ambil kira keseluruhan 1,918 institusi berasrama bawah KPM, 84 kluster ini adalah bersamaan 4.38%.

“Untuk yang bukan berasarama, terdpt 12 kluster dan daripada 12 ini, dua sekolah menengah, selebihnya sekolah rendah.

“Dua belas kluster ini, jika dibandingkan dengan keseluruhan 8,356 institusi bukan asrama bawah KPM, jumlah kluster adalah sama dengan 0.14%,” katanya.

Tambahnya, data tersebut jelas menunjukkan, sebahagian besar kluster yang melibatkan institusi di bawah KPM adalah yang berlaku di sekolah asrama, iaitu 87.5%.

Radzi berkata, untuk minggu akan datang bermula Isnin, sekiranya anak-anak bergejala, ibu bapa perlu memastikan mereka tidak datang ke sekolah.

Ini adalah penting supaya persekitaran persekolahan akan terus berada dalam keadaan selamat dan risiko jangkitan dapat dikurangkan.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori