Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Dua Wanita Maut Di...

LIPIS : Dua kemalangan maut dalam tempoh 24 jam di laluan Ops Selamat...

Aksi ‘Hero’ Budak 9...

SEORANG kanak-kanak berusia 9 tahun menjadi sensasi Internet setelah tindakan pantasnya menyelamatkan adiknya...

Kamalanathan Nafi Kuota Pelajar...

KUALA LUMPUR – Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia (KPM), Dr. Maszlee...

FELDA Perkenal Konsep Sewa...

ROMPIN - Felda, dalam usaha memastikan generasi keduanya mampu memiliki rumah di bawah...

NADMA, Agensi Penyelamat Dikerah Bantu Mangsa Banjir – PM

KUALA LUMPUR: Pasukan penyelamat termasuk Agensi Pengurusan Bencana dan Negara (NADMA) telah dikerah bagi membantu memindahkan mangsa banjir di Terangganu dan Kelantan, sejak Sabtu, kata Perdana Menteri.

Dalam satu perkongsian di Twitter, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, amaran secara berterusan juga dikeluarkan sejak semalam bagi memastikan penduduk bersiap sedia untuk dipindahkan.

“Sejak semalam, NADMA serta agensi menyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah dikerahkan bagi kerja-kerja pemindahan mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan,” katanya di sini, pada Ahad.

Ismail Sabri memaklumkan JBPM sedang melakukan kerja-kerja menyelamat bagi memastikan proses evakuasi mangsa dilaksanakan dengan lancar.

Katanya, beliau turut mengarahkan NADMA untuk memastikan kit makanan mencukupi di pusat pemindahan sementara (PPS) dan pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) ditempatkan di PPS sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19,


“Saya juga minta mangsa supaya berpindah ke PPS atau tempat yang selamat untuk keselamatan diri dan keluarga. Sama-sama kita doakan keadaan banjir segera pulih dan mangsa dapat pulang ke kediaman masing-masing,” ujarnya.

Setakat pagi tadi, banjir di kedua-dua negeri terus mencatat peningkatan dan seramai 4,335 orang daripada 1,287 keluarga dilaporkan berada di PPS di Terengganu manakala 3,222 orang daripada 1,034 keluarga di PPS Kelantan.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori