Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

TM Rugi RM233,800 Akibat...

MELAKA - Telekom Malaysia Berhad (TM) mengalami kerugian sebanyak RM233,800 akibat kecurian kabel...

27 GRO, Tukang Urut...

SHAH ALAM - Polis menahan 27 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan...

Pembekal, Peniaga Diminta Kekalkan...

KANGAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis meminta peniaga...

Kabinet Belum Putuskan Hapus...

PUTRAJAYA – Kabinet masih belum membuat sebarang keputusan akhir berkenaan penghapusan had paras...

Najib Diperkenan Menghadap TMJ, isteri

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diperkenan menghadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama isteri baginda, Che’ Puan Khaleeda Bustamam pada Isnin bagi membincangkan mengenai keperluan pembangunan secara menyeluruh di Johor dan Malaysia.

Najib menerusi satu hantaran di Facebook beliau pada Selasa berkata, pertemuan itu turut menyentuh mengenai sistem kebajikan rakyat yang lebih efektif bagi membantu mengurangkan beban kehidupan rakyat.

“Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Yang Amat Mulia (YAM), Che’ Puan Khaleeda Bustamam atas perkenan menerima patik mengadap semalam (Isnin).

“Menyentuh mengenai pembangunan secara menyeluruh yang amat diperlukan bagi Johor dan Malaysia.

“Juga mengenai sistem kebajikan rakyat yang lebih efektif bagi membantu mengurangkan beban kehidupan rakyat,” katanya.


Mengulas lanjut, ahli Parlimen Pekan itu berkata, Johor juga mempunyai potensi besar malah menjadi pemangkin dan ‘gateway’ kepada kemajuan ekonomi negara.

Menurutnya, pelaburan, pekerjaan dan pembangunan wajar menjadi tiga fokus utama.

“Semoga ALLAH SWT melimpahkan kurnia, rahmat dan kesejahteraan buat Johor dan Malaysia, serta terus memberkati institusi diraja,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori