Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anak Elly Mazlein Dapat...

KEMERIAHAN Aidilfitri lebih dirasai kanak-kanak dan duit raya antara perkara yang membuatkan mereka...

SRC: Keputusan Sama Ada...

KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali dijadual mengumumkan keputusan...

Pengeluaran KWSP: Pencen Nanti...

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak membenarkan pekerja...

RM22.5 Juta Tambah Baik...

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan meluluskan peruntukan RM22.5 juta bagi projek tambah baik...

Nik Muhammad Zawawi Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Yang Baharu

ARAU : Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dilantik sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas yang baharu bagi menggantikan Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, pelantikan Nik Muhammad Zawawi itu diluluskan dalam mesyuarat majlis tersebut malam kelmarin.

Katanya, pemilihan Ahli Parlimen Pasir Puteh itu juga sangat bertepatan memandangkan beliau juga merupakan ahli Majlis Syura Ulama.

“Ya (Nik Muhammad Zawawi) dilantik Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas yang baharu dan telah diluluskan dalam mesyuarat Syura malam kelmarin. Diharapkan Nik Muhammad Zawawi dapat menjalankan tugas dengan baik,” katanya.

Terdahulu, Mohd. Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha dan Ahli Majlis Syura Ulama Pas.

Mohd. Khairuddin dilaporkan berkata, beliau mengumumkan perletakan jawatan sebagai Setiausaha Majlis Syura Pas dibuat mengikut peruntukan perlembagaan parti di bawah Fasal 8(7).

Dalam hantaran Facebooknya, bekas penyandang itu mengucapkan tahniah atas pelantikan Nik Muhammad Zawawi memegang jawatan itu.


Sebelum ini, media melaporkan, bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu sekali lagi kehilangan jawatan tertinggi Pas apabila parti memutuskan memecatnya sebagai Setiausaha majlis tersebut

Pemecatan itu berlaku kira-kira sebulan selepas beliau disingkirkan daripada jawatan AJK Pas pada 12 Januari lalu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Pas Pusat susulan isu-isu disiplin melibatkan pemimpin berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Hashim memberitahu, mesyuarat Majlis Syura Ulama kelmarin juga memutuskan senarai kelayakan 12 calon Pas yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac depan.

“Calon-calon Pas yang bakal diketengahkan itu terdiri daripada kalangan profesional, bidang agama, ahli perniagaan dan pelbagai lagi. Kita ketengahkan calon yang terbaik dan berkelayakan,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori