Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bekalan Ubat Kurang

PUTRAJAYA : Beberapa jenis ubat-ubatan dikesan mengalami kekurangan di pasaran, termasuk di klinik...

Rewang Selorong Setaman Dapat...

REWANG, amalan gotong-rotong bagi persiapan kenduri kendara. Inilah tradisi di kampung-kampung tatkala berlangsungnya...

Sebutan Kes Rasuah Lim...

KUALA LUMPUR - Kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan...

KSN Buat Lawatan Mengejut...

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini...

Op Selamat 17, Selangor Rekod 1,420 Kemalangan

Shah Alam : Sebanyak 1,420 kes kemalangan jalan raya direkodkan di Selangor dalam Op Selamat 17 sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina 2022 yang bermula Jumaat lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, daripada jumlah itu, 219 kemalangan berlaku di lebuh raya, 96 kemalangan di jalan Persekutuan, 182 kemalangan di jalan negeri, 825 kemalangan di jalan bandaran dan 98 kemalangan di lain-lain jalan.

Beliau berkata, statistik itu menunjukkan penurunan sebanyak 634 kes yang mana pada Op Selamat 16 Tahun Baharu Cina 2020, sebanyak 2,054 kemalangan direkodkan bagi tempoh sama.

“Bagi kes kemalangan maut pula, sebanyak lapan kes direkodkan setakat ini yang kesemuanya membabitkan penunggang motosikal.

“Jumlah ini juga menunjukkan penurunan sebanyak enam kes yang mana Op Selamat 16 merekodkan 14 kematian membabitkan 11 penunggang motosikal dan tiga pejalan kaki,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut, Arjunaidi berkata, sebanyak 11,464 saman membabitkan enam kesalahan utama juga direkodkan setakat ini.


Katanya, antara kesalahan utama berkenaan adalah memandu melebihi had laju (10,879 saman), tidak patuh lampu isyarat (318), menggunakan alat komunikasi ketika memandu (236), memotong barisan (27), memotong garisan berkembar (3) dan memandu di lorong kecemasan (1).

Beliau berkata, Polis Kontinjen Selangor melalui Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti juga menggerakkan elemen seperti Unit Kereta Peronda (MPV) serta Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di kawasan perumahan yang ditinggalkan sempena musim perayaan ini dan sehingga kini, sebanyak 2,479 rondaan sudah dilakukan.

“Selain itu, polis juga sudah menerima sebanyak 41 permohonan Borang Balik Kampung yang diisi melalui aplikasi volunteer smartphone patrol (VSP) dan sebanyak 228 permohonan melalui Borang Balik Kampung yang diisi di balai.

“Setakat hari ini, tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian kes pecah rumah yang ditinggalkan semasa balik kampung,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori