Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Rayuan Putus Seksyen...

PUTRAJAYA - Dalam satu keputusan bersejarah, Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen...

31 Individu Ditahan Dalam...

JOHOR BAHRU - Polis Johor menahan 31 individu atas pelbagai kesalahan menerusi 21...

Isu Foto Tayang Payudara,...

BERIKUTAN tersebarnya sekeping foto figura yang didakwa mirip Tasha Shila beraksi ghairah, aktres tersebut...

Ibu Ajar Elfira Jadi...

TIDAK dinafikan, jaika dalam hal menguruskan rumah tangga, kaum perempuan semestinya merujuk kepada...

Operasi Kereta Api Bukit Bendera Ditutup 12 Hari Pada Mei

GEORGETOWN : Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera akan ditutup 12 hari pada Mei depan berikutan kerja penyelenggaraan berjadual kedua bagi 2022.

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) menerusi kenyataannya, memaklumkan perkhidmatan itu akan ditutup pada 17 hingga 28 Mei depan dan dijangka beroperasi semula pada hari berikutnya.

Katanya, PBBPP sedang memantau situasi semasa COVID-19 dan berharap jurutera pihak pengeluar, Garaventa AG dari Switzerland dapat menyelia penyelenggaraan setiap dua tahun itu selepas negara pulih daripada penularan wabak.

“PBBPP kini menjalankan pemeriksaan berkala dan penyelenggaraan sistem funikular setiap hari, mingguan dan bulanan serta pemeriksaan rutin harian selepas tamat waktu operasi furnikular ini. Ini bagi memastikan sistemnya sentiasa dalam keadaan terbaik dan menjalani pemeriksaan yang ketat,” katanya.

Sementara itu, PBBPP berkata, mulai tahun ini juga, perbadanan itu melaksanakan penutupan sehari pada setiap bulan bagi menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan funikular dengan tumpuan kepada keadaan semasa kemudahan itu dan penyelenggaraan yang tidak dapat dibuat semasa waktu operasi perkhidmatan.


“Penutupan sehari setiap bulan berjaya dilaksana pada 25 Januari lalu, seterusnya pada 22 Februari dan 23 Mac depan. Pengunjung boleh memilih menggunakan perkhidmatan jip dikendali Persatuan Penduduk Bukit Bendera dengan menghubungi talian 019-5720543 atau guna laluan pendakian ke puncak bukit semasa tempoh penutupan,” katanya.

Menurut PBBPP, pihaknya berhak melakukan sebarang perubahan terhadap waktu penyelenggaraan funikular pada bila-bila masa sekiranya perlu dan pengunjung dinasihati mengikuti akaun rasmi media sosial PBBPP (Facebook, Instagram dan Twitter) bagi mendapatkan maklumat terkini tarikh penutupan termasuk penutupan sehari setiap bulan.

Sebarang pertanyaan, hubungi PBBPP di talian 04-8288880 atau emel [email protected].

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori