Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Warga Emas Maut Basikal...

KUANTAN - Seorang warga emas maut selepas basikal yang ditungganginya dilanggar sebuah kereta...

Jangan Pandang Ringan Peruntukan...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini...

Gambar Kucing PM Curi...

JARANG kita melihat sisi lain di sebalik kesibukan tugas beliau mentadbir negara tercinta...

Mat Rempit Rempuh Pegawai...

GEORGE TOWN - Pihak polis sedang memburu seorang remaja yang dipercayai Mat Rempit...

Pakatan Harapan Walhasil Balik Asal

Hantaran terbaru Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di laman Facebook ini kenyataan paling mengelirukan sempena PRN Johor.

Konon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang ditubuhkannya akan bersama dengan mereka dalam gambar ini untuk “reset” Malaysia.

Wahai rakyat Malaysia janganlah mudah terpedaya dengan permainan dan manipulasi kata-kata anggun sekali lagi. Cukuplah PRU-14 jadi pengajaran.

Itu sememangnya kepakaran pemidato. Sebelum ini mereka gunakan perkataan “ubah” dan natijah buruk “ubah” telah pun kita rasai selepas 9 Mei 2018.

Sudahkah kita terlupa mereka dalam gambar ini adalah individu yang sama menganggotai Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Kerajaan 22 bulan yang gagal mentadbir negara dengan baik, ekonomi merosot, keharmonian masyarakat tercalar, kebajikan rakyat terjejas.

Kerajaan PH yang merisaukan umat Islam dan orang Melayu selepas terpedaya dengan janji dan kata-kata manis mereka semasa PRU-14.

Bagaimana mereka yang menang pilihan raya dengan janji manis dan kemudian gagal mentadbir negara boleh menjanjikan “reset” buat negara?


Satu-satunya “reset” yang mungkin ada untuk masuk ke perangkap yang sama. Perangkap yang merosakkan kesejahteraan dan kestabilan.

Ingatlah pelanduk mungkin boleh melupakan jerat, tetapi jerat tidak sesekali akan melupakan pelanduk.

Manusia mungkin mudah melupakan bahaya, tetapi bahaya tetap mengancam mereka. Jadi bijaksanakah jika mempercayai bahaya?

Kepada pengundi 18 di Johor bukalah mata. Suatu ketika dulu ayah, ibu, pakcik dan makcik anda pernah terpedaya dengan kata-kata “ubah”.

Adakah anda mahu terpedaya hanya kerana terpesona dengan kata-kata “reset”. Kaji dan telitilah pengalaman mereka yang terdahulu.

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori