Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Jagung Bijirin Perlu Diusahakan...

SERDANG - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mahu penanaman jagung bijirin dilakukan...

Mengecapi Kehidupan ‘Selesa’ Warga...

KUALA LUMPUR - Melangkah ke bulan Februari pada Ahad ini, maka genaplah sudah...

Ketiga-Tiga Sayap UMNO Mula...

KUALA LUMPUR - Ketiga-tiga sayap UMNO – Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri –...

Bebiri Faham Bahasa Inggeris...

SYDNEY — Sebuah ladang ternakan di negeri New South Wales, Australia, bakal didakwa...

Pancar Laser Pada Pesawat Tentera, Australia Tuntut Siasatan Penuh

SYDNEY : Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, berkata kapal tentera laut China yang memancarkan laser ke arah pesawat tentera Australia berkemungkinan boleh dilihat dari tanah besar Australia dan Canberra menuntut ‘penyiasatan penuh’ oleh Beijing.

Morrison berkata, pihaknya tidak menerima penjelasan daripada China berhubung insiden pada Khamis lalu itu, namun menganggap ia sebagai ‘tindakan berbahaya dan melulu’.

Jabatan Pertahanan Australia dalam satu kenyataan Sabtu lalu, berkata

pesawat peronda maritim P-8A Poseidon mengesan laser dipancarkan dari kapal Tentera Pembebasan Rakyat – Tentera Laut (PLA-N).

Ketika kejadian, katanya, kapal China itu sedang belayar ke timur dengan sebuah lagi kapal PLA-N melalui Laut Arafura, yang terletak antara pantai utara Australia dan selatan New Guinea.

Katanya, kedua-dua kapal itu kini sudah melalui Selat Torres dan berada di Laut Coral.

“Kemungkinan juga orang ramai boleh melihat kapal itu dari tanah besar kami,” kata Morrison kepada pemberita di Tasmani, hari ini.

Australia sudah menghubungi melalui saluran diplomatik dan pertahanan untuk menuntut ‘siasatan penuh terhadap kejadian itu’.


“Bolehkah anda bayangkan reaksi mereka sekiranya perkara itu terjadi kepada Beijing?,” kata Morrison yang turut membandingkan jika insiden itu dilakukan ke arah pesawat pengawasan China di Selat Taiwan.

Kedutaan China di Canberra tidak menjawab permintaan untuk komen setakat ini dan Beijing tidak mengulas secara terbuka mengenai insiden berkenaan.

Hubungan Australia dan China sebagai rakan perdagangan utama bertukar buruk selepas Canberra melarang Huawei Technologies daripada rangkaian jalur lebar 5G pada 2018.

Ia turut memperketatkan undang-undang terhadap campur tangan politik asing dan menggesa penyiasatan bebas mengenai asal usul COVID-19.

Pada 2019, kapal maritim China memulakan siri serangan laser ke atas juruterbang Australia ketika merentasi Laut China Selatan, menurut laporan Australian Broadcasting Corporation (ABC).

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori