Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Calvin Klein Dikritik Pilih...

BINTANGƃā€šĆ‚Ā pop sensasi, Justin Bieber mencetuskan perbualan di kalangan peminat, hatersƃā€šĆ‚Ā dan pengikut fesyen antarabangsa...

Rahsia Fungsi Sebenar Lubang...

SETELAHƃā€šĆ‚Ā bertahun-tahun lamanya mengikat tali kasut, agak melucukan apabila kita tak pernah tahu tentang...

Finas Perlu Bantu Semarak...

KUALA LUMPUR - Kejayaan filem Munafik 2, Hantu Kak Limah dan Paskal The...

44 Maut Kemalangan Bas...

LIMA - Sekurang-kurangnya 44 penumpang maut, selepas bas dua tingkat yang dinaiki terbabas...

PBM Tanding Dua DUN

KUALA LUMPUR: Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan meletakkan calonn di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bulan depan.

Ketua Penerangannya, Zakaria Abdul Hamid berkata, PBM akan mengumumkan kerusi yang akan ditandingi dan nama calon mereka sebelum hari penamaan calon pada 26 Februari ini.

“PRN Johor medan terbaik untuk kami memperkenal Agenda The Great Reset 2030 yang terdiri daripada enam tunjang utama, iaitu mengeratkan perpaduan antara kaum, meningkatkan penglibatan golongan muda, memperkasa peranan wanita, pembangunan ekonomi negara, menjana perkembangan sains dan teknologi dan peningkatan kualiti pendidikan di Malaysia.

“Kami berharap akan dapat memberikan saingan yang sihat kepada parti-parti politik lain yang bertanding di dalam PRN pada kali ini, dengan iltizam bagi mengukuhkan aspirasi demokrasi di Johor,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.


Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac.

Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN.

BHonline-

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori