Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Hadi Awang Bagi Petunjuk...

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang petang ini mengeluarkan satu kenyataan khas...

Sekolah Digalak Sediakan Penutup...

PUTRAJAYA - Pihak sekolah digalakkan menyediakan penutup muka dan hidung untuk calon Ujian...

Islam Diganggu Gugat Di...

KUANTAN – Pasca PRU14 menyaksikan rakyat negara ini kecewa dengan kerajaan baharu Pakatan...

7 Lagi Kluster Baharu...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tujuh lagi kluster baharu...

Pejuang Tak Berhasrat Menamakan Calon MB

Johor Bahru : Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak berhasrat menamakan calon Menteri Besar dalam masa terdekat, sebaliknya mahu memberi tumpuan penuh untuk memenangkan calonnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac nanti.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, menamakan calon Menteri Besar bukanlah keutamaan parti ketika ini, sebaliknya strategi terbaik untuk meyakinkan pengundi terhadap Pejuang lebih penting.

“Tidak ada gunanya kita menamakan seorang calon Menteri Besar tapi tak mencukupi untuk membentuk kerajaan. Itulah yang berlaku kepada Pakatan Harapan (PH) pada November lalu (PRN Melaka) dan kita tidak mahu ulangi kesilapan itu.

“Apa yang penting ialah kita dapat meyakinkan pengundi di seluruh Johor upaya calon Pejuang perlu diberikan peluang, selepas itu, barulah kita pilih dalam kalangan mereka apabila tiba masanya nanti,” katanya pada sidang media selepas pelancaran jentera Pejuang untuk PRN Johor, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Marzuki Yahya dan Ketua Pejuang Johor, Datuk Dr Saharuddin Mohd Salleh.

Dalam pada itu, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun meminta ahli dan jentera Pejuang terus berusaha gigih dan bersemangat dalam meyakinkan pengundi matlamat parti itu yang mahu mewujudkan kerajaan negeri yang bersih, cekap, amanah dan berintegriti.


“Di luar sana ada yang pandang rendah Pejuang, ada yang katakan kita tidak akan mampu gugat kedudukan parti lain yang lama bertapak di Johor.

“Ada yang mengatakan Pejuang hanya parti serpihan dan mana mungkin Pejuang mampu bersaing dengan parti yang dilahirkan di sini

“Ada pula menyatakan Pejuang akan terkubur pada PRN Johor dan tamatlah riwayat kita.

“Jika itulah yang tertanam dalam benak fikiran tuan-tuan, maka ia akan menjadi realiti nanti namun jika tuan puan berusaha gigih dan bekerja keras bersama Pejuang bagi mewujudkan Johor yang lebih aman dan makmur, kerajaan yang bersih, cekap dan amanah, maka pengundi juga akan meyakini kita untuk melakukan perubahan,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori