Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Yaasin Harap Foto Bersama...

Ingat lagi vokalis kumpulan nasyid Brothers yang juga komposer, Yaasin Sulaiman? Ya, lama...

Polis Terima 7 Laporan...

KUALA LUMPUR - Polis menerima tujuh laporan berhubung dakwaan memfitnah yang dilaporkan dilakukan...

Fara Hezel Sah Bergelar...

PETALING JAYA - Dengan dua kali lafaz, penyanyi, Fara Hezel, 23, sah bergelar...

Jurulatih Lumba Basikal Terengganu...

DUNGUN - Jurulatih Lumba Basikal Terengganu, Rozimi Omar meninggal dunia dipercayai mengalami serangan...

Pelaburan Johor Merosot Selepas 2018 -TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah Johor mempunyai jumlah pelaburan tertinggi sebelum tahun 2018.

Titah baginda, pelaburan di negeri ini bagaimanapun menjunam bermula tahun tersebut berbanding pencapaian pada tahun 2016 dan 2017.

“Johor merupakan negeri yang mempunyai jumlah pelaburan tertinggi antara tahun 2016, 2017 dan 2018. Tetapi selepas 2018 jumlah pelaburan di Johor mula menjunam.

“Saya berharap ekonomi negeri akan bertambah baik dan dapat secara langsung menyediakan lebih peluang pekerjaan untuk Bangsa Johor,” titah baginda dalam satu kenyataan.

Tunku Ismail bertitah, saranan baginda amat penting bagi memastikan rakyat Johor boleh menjana lebih pendapatan dan mempunyai keupayaan perbelanjaan yang lebih tinggi.

Titah baginda, Johor memerlukan dasar-dasar ekonomi yang menggalakkan perkembangan ekonomi dan pembangunan ketara.

“Kita perlu bersama-sama berganding bahu dan memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi. Ini harus menjadi keutamaan kita,” titah baginda.


Johor pada tahun 2016 sehingga pertengahan 2018 ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum tsunami politik melanda negara pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

PRU-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018 menyaksikan kerajaan BN buat pertama kali tumbang di Johor selepas Pakatan Harapan (PH) memenagi pilihan raya itu.

PH ketika itu dianggotai parti komponen DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN).

PPBM bagaimanapun meninggalkan PH selepas mencatatkan beberapa siri kekalahan kepada BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) termasuk di Tanjung Piai, Pontian pada 2019

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori