Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bilik ICT Jabatan Perhutanan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia mengalami kerugian lebih RM20 juta selepas...

24 Individu Ditahan Dalam...

ALOR SETAR - Polis menahan 24 individu atas pelbagai kesalahan jenayah dalam 'Op...

Universiti Diminta Pastikan Graduan...

BUKIT MERTAJAM - Universiti di negara ini diminta memastikan mahasiswa mereka yang bakal...

Klimaks Banyak Kali Rahsia...

PELAKON Mexico yang pernah popular dengan telenovela Rosalinda satu ketika dahulu, iaitu Thalia...

Peluang BN Pada PRU-15 Cerah Jika Menang PRN Johor

PAGOH: Datuk Seri Najib Razak yakin Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sekiranya Johor berjaya ‘kembali’ kepada gabungan itu melalui Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Mac nanti.

Bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat BN, berkata PRN Johor penting kerana ia akan menjadi titik perubahan kepada BN dan memberi petunjuk sama ada gabungan itu mampu memenangi PRU-15 dengan bertanding secara bersendirian.

“Saya anggap Johor sebagai satu titik perubahan dalam senario landskap politik tanah air sebab sejarah UMNO adalah di Johor, namun pemimpin utama BERSATU juga orang Johor. Kalau Johor kembali kepada pangkuan kita dengan mendapat sokongan padu melalui majoriti meyakinkan, maknanya ia memberi kemenangan besar buat BN.

“Ia mampu memberi isyarat jelas kemungkinan besar dari sudut perspektif negara, BN mempunyai peluang cerah untuk PRU akan datang,” katanya pada sidang media memperkenalkan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Ismail Mohamad dan calon DUN Bukit Pasir, Ir Mohd Fadzli Mohd Salleh, di sini hari ini.

Najib berkata, PRN Johor mampu memberi maksud dalam landskap lebih luas yang bukan sekadar berkisar kepada kemenangan, namun soal mengembalikan semula maruah BN.


Beliau berkata, adalah penting bagi BN untuk bukan sahaja membentuk kerajaan negeri di Johor, namun berupaya memperoleh mandat melalui majoriti untuk memastikan pentadbirannya kukuh.

Semntara itu, Najib menyifatkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai pencapaian yang membanggakan dalam aspek ekonomi ketika mentadbir negara sebagai Perdana Menteri dalam tempoh 17 bulan, selain ketika menjadi Menteri Besar Johor suatu ketika dulu.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori