Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Banjir Mula Melanda Kawasan...

SETIU - Sebanyak 64 buah keluarga di Kampung Sri Bayas, di sini terputus...

Genderang De Facto Tanda...

APABILA Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak memulakan ucapan Perasmian Persidangan Agung UMNO...

Pengedar Dadah Ditahan, 1,773...

BESUT - Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas 1,773 biji...

Belia, Beliawanis Sabah Digalak...

SANDAKAN - Belia dan beliawanis di negeri ini digalakkan untuk membina potensi dan...

Penganggur Didakwa Bunuh Ibu Tiri

GUA MUSANG : Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu tirinya di sebuah rumah di Kampung Batu Machang, Jerek, Rabu lalu.

Abdul Aziz Abdullah, 33, yang juga orang kelainan upaya (OKU) mental mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah.

Dia didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Rahana Abd Razak, 55, dalam bilik sebuah rumah di Kampung Batu Machang, antara jam 3.30 hingga 4.30 petang pada 16 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Che Wan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 21 April depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan hasil bedah siasat mangsa.


Pada 17 Februari lalu, mahkamah membenarkan polis untuk menahan reman Abdul Aziz selama tujuh hari selepas dia menyerah diri tampil menyerah diri di Balai Polis Bertam sejurus selepas kejadian berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumahnya, manakala senjata yang disyaki digunakan dalam kejadian itu juga dijumpai di lokasi.

Mayat dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori