Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PPDNKK Temerloh Rampas 988...

TEMERLOH - Bahagian Pengkuatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (PPDNKK) Cawangan...

RM400,000 Untuk Naik Taraf...

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM400,000 bagi menaik taraf...

Penunjuk Perasaan Hong Kong...

HONG KONG – Kumpulan penunjuk perasaan pro-demokrasi kini berdepan kemarahan penduduk selepas tindakan...

PDRM Tahan Bekas Pegawai...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga lelaki termasuk penyelia kantin...

Penternak Harap Subsidi Ternakan Ayam Munasabah

Alor Setar : Pemberian subsidi ternakan ayam diharap mampu memberi situasi menang-menang dalam memastikan penternak tempatan tidak terbeban dengan kos operasi yang semakin meningkat ketika ini.

Pengasas dan Presiden Bismi Empire (Ayam Bismi), Jaffri Ahmad berkata, kerajaan perlu mencari formula terbaik dalam melaksanakan mekanisme itu agar penternak tidak terus menanggung kerugian.

“Setakat ini, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) belum memberi penjelasan bentuk dan bagaimana subsidi ini akan diagihkan, cuma harapan kita sekurang-kurangnya jangan bagi penternak rugi.

“Jika penternak mengalami kerugian, kita terpaksa mengurangkan pengeluaran ayam kerana tidak mahu terus menanggung kos yang tinggi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Rumah Makan Percuma Ayam Bismi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pengumuman kerajaan yang akan memberikan subsidi bagi memastikan harga barangan dapat dikawal selepas Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) berakhir hari ini.

Pemberian subsidi itu antara perkara diputuskan kerajaan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) mengenai Industri Pengeluaran Makanan bagi menangani isu bekalan dan pengeluaran makanan terutama bagi ayam dan telur ayam.


Mengulas lanjut, Jaffri berkata, kemelut ayam ketika ini semakin memburuk dengan masalah kekurangan bekalan ayam sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina.

“Contohnya apa yang berlaku dua bulan lalu, apabila kerajaan umum ayam import akan dibawa masuk 200 kontena. Jadi penternak rasa takut untuk simpan stok ayam banyak kerana nanti ayam sejuk akan masuk.

“Kalau bertembung, kita tidak tahu hendak jual ayam di mana sedangkan kos semakin tinggi. Akibatnya tidak pernah berlaku ketika Tahun Baharu Cina, bekalan ayam berkurangan sehingga 90 peratus,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori