Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KKM Terima Bantuan Peralatan...

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima lagi bantuan peralatan perubatan, kali...

Thaksin Akhirnya ‘Bersuara’ Selepas...

BANGKOK – Bekas perdana menteri dalam buangan, Thaksin Shinawatra, akhirnya bersuara menerusi satu...

Palestin Rancang Mohon Keanggotaan...

WASHINGTON : Palestin merancang untuk memohon keanggotaan penuh dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)...

Bina Stadium RM70 Juta...

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor awal tahun ini dengan penuh...

Permohonan Muhammad Shafee Tangguh Kes Saman LHDN 16 Jun

KUALA LUMPUR : Permohonan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menggantung prosiding kes saman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang menuntut beliau supaya membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM9.41 juta akan didengar pada 16 Jun ini.

Permohonan tersebut akan didengar oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Arief Emran Arifin.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Muhammad Shafee ketika dihubungi media selepas tamat prosiding pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nurul Izzah Hassan Basri.

Prosiding tersebut turut disertai Peguam Hasil, Mohamad Ezmeer Zulkarnaen Asnizar bagi pihak LHDN.

Pada 3 November 2021, Muhammad Shafee memfailkan permohonan agar kes saman yang menuntut tunggakan cukai RM9.41 juta itu ditangguhkan sementara menunggu pelupusan rayuannya di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan Malaysia.

Antara alasan yang dikemukakan dalam permohonan tersebut, Muhammad Shafee, 70, memohon prosiding tersebut ditangguhkan sementara menunggu keputusan bagi rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd. Nazifuddin berhubung tunggakan cukai masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta di Mahkamah Persekutuan.

Rayuan Najib dan anaknya itu didakwa akan memberi kesan dalam kes saman LHDN terhadap Muhammad Shafee.

Selain itu, Muhammad Shafee menyatakan pihaknya telah memfailkan notis rayuan iaitu Borang Q terhadap notis-notis taksiran tambahan bagi tahun taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016 kepada LHDN pada 27 Jun 2019.


Beliau turut menyatakan, wujud keadaan istimewa antaranya melibatkan isu undang-undang yang novel dan kompleks yang memerlukan penentuan Mahkamah Persekutuan yang mewajarkan prosidingnya digantung.

Kerajaan Malaysia melalui LHDN memfailkan saman terhadap Muhammad Shafee pada 6 Mei 2021 dengan menamakan beliau sebagai defendan bagi tunggakan cukai itu selama lima tahun.

Pada September 2021, LHDN telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Muhammad Shafee yang menuntutnya membayar cukai pendapatan berjumlah RM9.41 juta.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan dan afidavit tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Berdasarkan sistem mahkamah (e-filing), antara alasan permohonan penghakiman terus itu ialah LHDN berhak untuk mendapatkan kembali jumlah cukai pendapatan dan kenaikan-kenaikan tertunggak yang dikenakan ke atas defendan sebagai satu cukai yang genap masanya dan kena dibayar.

-Utusan Onlin

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori