Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Malaysia Akan Lebih Kerap...

KUANTAN - Malaysia bakal mengalami fenomena El Nino lebih kerap iaitu dua tahun...

3 Wakil Media Tempatan...

MIRI - Tiga wartawan media cetak berpangkalan di Sarawak mengalami detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda yang...

Beberapa Syarikat GLC Telah...

SELEPAS PH menang PRU14, beberapa syarikat GLC telah mengalami kerugian yang teruk pada...

Pokok Bonsai Cina Hiasi...

DHAKA – Barisan pokok bonsai Cina ditanam baru-baru ini di sepanjang jalan utama...

PH Perlu Minta Maaf Kepada Rakyat Johor

Pakatan Harapan (PH) patut berasa malu dengan titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam.

Begitu juga Perikatan Nasional (PN) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) diketuai Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Titah Tunku Ismail Johor negeri yang mempunyai jumlah pelaburan tertinggi, namun pelaburannya jatuh menjunam pada tahun 2018.

Jika ada walau sedikit rasa malu dan maruah dalam diri mereka harus tampil meminta maaf kepada seluruh rakyat Johor.

Faktanya pada 2018 negeri Johor ditadbir oleh PH yang ketika itu turut dianggotai pemimpin politik daripada PN dan MUDA.

Tiada siapa lupa watak-watak seperti Tun Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng, Mat Sabu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Syed Saddiq dalam PH ketika itu.

Berkongkalikong menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kemudian merosakkan ekonomi Malaysia termasuk ekonomi Johor.

Titah Baginda Tuanku yang seterusnya mengenai perkara itu wajar dihadam sehabis baik oleh Bangsa Johor yang akan mengundi pada 12 Mac ini.

“Saya berharap ekonomi negeri bertambah baik dan dapat secara langsung menyediakan lebih peluang pekerjaan untuk Bangsa Johor.


*Ini amat penting bagi memastikan rakyat boleh menjana lebih pendapatan dan mempunyai keupayaan perbelanjaan yang lebih tinggi.

“Kita memerlukan dasar-dasar ekonomi yang menggalakkan perkembangan ekonomi dan pembangunan ketara”

Meskipun tidak ditujukan pada sesiapa, tetapi pasti ramai dapat mengaitkan teguran itu dengan kegagalan kerajaan PH.

Gagal menguruskan ekonomi Johor dengan baik dan gagal menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat Johor.

Gagal memastikan rakyat dapat menjana lebih pendapatan dan mempunyai keupayaan perbelanjaan yang lebih tinggi.

Gagal melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang menggalakkan perkembangan ekonomi dan pembangunan ketara di Johor.

Maka mahu kencing apa lagi PH, PN dan Muda sedangkan seluruh rakyat Johor telah tahu ketika mereka mentadbir ekonomi Johor merundum.

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori