Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein...

Kesilapan memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin nombor dua Umno mengubah hala tuju...

Warga KKLW Sebar Maklumat...

SERDANG - Warga kerja Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berperanan untuk menyebarkan...

Kerajaan Setuju Wujud Inisiatif...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju mewujudkan inisiatif ‘MalaysiaMudah’ (#MyMudah) yang bermatlamat membantu syarikat...

Persediaan Banjir: 100 JKKK...

DUNGUN - Bagi meningkatkan tahap persediaan menghadapi banjir yang biasanya berlaku pada musim...

PH, PKR Tumpu Bawa Pengundi Luar Pulang Mengundi

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) dan PKR sedang meneliti beberapa kumpulan pengundi untuk diberi tumpuan bagi membolehkan mereka keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Faadzil, berkata kumpulan itu termasuk pengundi yang kini berada di luar negeri Johor yang mungkin akan dibawa pulang untuk mengundi.

“Ada beberapa kumpulan pengundi yang sedang kami teliti, termasuk yang tinggal di luar Johor. Ini akan menjadi satu daripada fokus,” katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemungkinan jumlah pengundi pada PRN Johor akan berkurangan berikutan kebimbangan peningkatan kes jangkitan COVID-19.

Berdasarkan statistik harian jangkitan positif COVID-19, sebanyak 13,944 kes dilaporkan hari ini dan angka itu dijangka meningkat.

Kelmarin, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kes harian COVID-19 dijangka mampu melonjak sehingga angka 15,000 dalam tempoh terdekat.


Katanya, situasi itu boleh dihadapi oleh negara berikutan jumlah warga emas yang masih belum mendapatkan dos penggalak agak tinggi.

Fahmi berkata, setakat ini belum ada berita menyatakan sekolah, masjid, pusat beli-belah ditutup dengan peningkatan mendadak kes COVID-19.

“Saranan kerajaan juga sektor ekonomi tidak ditutup. Demokrasi tidak patut ditutup kerana kita sudah saksikan bagaimana pelbagai perkara dilakukan waktu negara dalam waktu darurat dulu.

“Oleh itu, PH dan PKR akan mengatur strategi bagi mengingatkan pengundi di Johor bahawa hak mengundi mereka itu penting bukan saja memacu pembangunan negeri, malah juga menetapkan rentak politik nasional,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori