Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Peguam Najib Putuskan Untuk...

PUTRAJAYA : Peguam utama Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk mengemukakan hujahan bertulis...

Kakitangan Pusat Sains Negara...

ALOR SETAR - Seorang kakitangan Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara di sini,...

Hospital Medan Cox’s Bazar...

SEPANG - Hospital Medan Malaysia di Cox's Bazar, Bangladesh bagi misi bantuan kemanusiaan...

Tanah Runtuh: Rakaman Langsung...

Hulu Selangor : Polis Diraja Malaysia (PDRM) buat pertama kalinya mempertontonkan situasi operasi...

PKR Johor Dedah Enam Kejelekan MUDA

Kenyataan PKR Johor berhubung kegagalan rundingan pembahagiaan kerusi dengan parti MUDA merumuskan enam kemungkinan.

Pertama, parti MUDA ditubuhkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak bersikap jujur dalam semangat kebersamaan PKR di Johor.

Kedua, parti MUDA yang baru beberapa bulan ditubuhkan ego dan tamak untuk mengambil banyak kerusi yang sejak dulu ditandingi PKR.

Ketiga, parti MUDA percaya tidak dapat sokongan majoriti pengundi Melayu maka menuntut kerusi bandar dan campuran daripada PKR.

Nampak gaya semua lawan BN berebut untuk bertanding di kerusi majoriti bukan Melayu dalam PRN Johor pada 12 Mac ini.

Keempat, parti MUDA menggunakan pendekatan ancaman dan ugutan terhadap PKR untuk bertanding di kerusi diingini.

Pendedahan ugutan itu tidak memeranjatkan kerana MUDA parti serpihan Bersatu pimpinan Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md. Yasin.

Kelima, PKR membayangkan MUDA bertanding bukan untuk membela rakyat dan membawa masa depan serta maruah Johor dan rakyatnya.

Keenam, krisis yang berlaku mungkin merupakan pakatan sulit MUDA, DAP, PAN dan Pejuang bertujuan melemahkan PKR.


Kesimpulan perkembangan terbaru menjelang PRN Johor ini mengesahkan bahawa tiada jaminan kestabilan jika Bangsa Johor menyokong mereka.

Sebelum kempen PRN Johor bermula saling bertelagah mengenai pembahagian kerusi, maka apa jaminan mereka tidak bertelagah apabila bersama membentuk kerajaan semula.

Manakala, PN yang diketuai Bersatu sudah diketahui tidak mampu mentadbir negara dengan baik selama 17 bulan hingga digelar sebagai kerajaan gagal.

Adakah orang Johor sudah terlupa segala kegagalan kerajaan PH 22 bulan dan kerajaan PN 17 bulan mentabdir negara?

Apakah Bangsa Johor mahu membenarkan ketidakstabilan politik yang telah banyak merosakkan kemakmuran negara berterusan?

Orang Johor tiada banyak pilihan selainkan memastikan kemenangan mutlak calon-calon Barisan Nasional (BN) pada 12 Mac 2022.

Usah dikenang kekhilafan lalu tersilap mengundi PH kerana masih belum terlambat untuk memperbaiki keadaan demi masa depan negeri Johor.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori