Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bukan Kerana Habuan Wang...

BERIKUTAN mendapat kritikan hebat berkenaan isu wang hadiah 'ciput' yang diberikan kepada pemenang...

Bekalan Telur Ayam Masih...

Kuala Lumpur : Bekalan telur ayam di beberapa premis di Selayang, di sini,...

Beg Disangka Ada Bom

KUALA LUMPUR : Orang ramai di Jalan Telawi, Bangsar, di sini gempar dengan...

Taufan Michael Bakal Cetus...

MIAMI - Taufan Michael dijangka mengukuhkan kekuatannya hari ini di Teluk Mexico dengan...

PKR Umum Calon Esok

JOHOR BAHRU : Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan semua 17 calon parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, esok.

Sumber parti berkata, semua pengumuman berkenaan akan dilakukan secara tiga peringkat. Pengumuman calon Johor Selatan akan dilakukan di Hotel Thistle, jam 11.30 pagi diikuti kawasan Johor Tengah di Pejabat PKR Rengit pada jam 6 petang diikuti calon Johor Utara dilakukan di Hotel Pelican pada jam 9 malam.

Terdahulu, Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh ketika dihubungi berkata agihan tiga kerusi PKR kepada MUDA akan dimuktamadkan hari ini atau selewat-lewatnya pagi esok.

Ia akan disusuli pelancaran jentera PKR, Pakatan Harapan (PH) dan MUDA yang akan dilakukan jam 2 petang esok yang dihadiri semua ketua parti berkenaan.

Pada 27 Januari lalu, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, dilaporkan berkata parti itu dan PKR masing-masing akan bertanding 20 kerusi manakala DAP pula 16 kerusi.

Pusingan pertama rundingan antara PKR, AMANAH dan DAP itu dimuktamadkan 25 Januari lalu. Rundingan kedua agihan kerusi itu membabitkan semua parti berkenaan bersama MUDA, dengan setiap parti mengagihkan kerusi mereka kepada parti baharu itu.


MUDA dilapor diperuntukkan enam kerusi, hasil rundingan bersama antara parti itu, AMANAH dan DAP Johor.

Dalam kenyataan bersama antara AMANAH, DAP dan MUDA pada Rabu lalu keputusan itu berjaya dicapai selepas beberapa siri rundingan untuk pengagihan kerusi bagi menghadapi PRN Johor.

Kesepakatan antara tiga parti membawa keputusan muktamad MUDA diperuntukkan enam kerusi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai.

Perkembangan itu sekali gus mengesahkan MUDA akan bertanding sekurang-kurangnya sembilan kerusi pada PRN Johor.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori