JOHOR BAHRU : Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis Maharan, 42, antara lima calon Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) atas tiket PKR bagi kawasan Johor Selatan.
Selain Napsiah yang juga muka baharu yang akan bertanding di DUN Kempas, dua lagi Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Fakhruddin Moslim, 34 di DUN Pasir Raja dan Arthur Chiong Sen Sern, 32, (DUN Bukit Batu).
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis turut mengumumkan Dr Zamil Najwah Arbain, 48, yang pernah bertanding di DUN Tanjung Surat pada Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14) ditampilkan semula di DUN Larkin dan penyandang kerusi Tiram, S Gopalakrishnan.
Turut hadir, Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh.
-Berita Harian