Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pengetua Dipenjara 3 Bulan,...

SHAH ALAM - "Mungkin tindakan puan bertujuan untuk membantu sekolah tetapi matlamat tidak...

Ketua Pengarah JAS Lulus...

GEORGE TOWN - Sebuah kumpulan pendesak mempersoalkan sama ada tarikh kelulusan projek tiga...

Haron Din Minta Pas...

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din menyeru agar Dewan Ulama PAS meneliti...

“Saya Dengan Ayah Baik-Baik...

PENYANYI baharu, Syafiq Farhain yang juga merupakan anak kepada penyanyi Saleem memberitahu hubungannya...

PM Tiba Di Thailand Untuk Lawatan Rasmi

BANGKOK: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tiba di Thailand untuk lawatan rasmi tiga hari bagi mempertingkatkan lagi kerjasama dua hala dan pergerakan rakyat di kedua-dua negara.

Sebaik tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Thailand pada jam 8.15 malam (waktu tempatan) dari Kemboja, Perdana Menteri disambut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar, Don Pramudwinai yang mewakili kerajaan Thailand.

Turut hadir Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel.

Lawatan julung kali Ismail Sabri ke Bangkok sebagai Perdana Menteri itu adalah atas jemputan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha.

Lawatan rasmi Ismail Sabri selama tiga hari bermula hari ini adalah sebahagian lawatan pengenalan ke negara Asia Tenggara sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada Ogos 2021.

Cadangan pembukaan semula sempadan, pengiktirafan sijil vaksinasi dan kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin adalah antara agenda yang dijadualkan dibincangkan dalam lawatan rasmi Ismail Sabri.

Perdana Menteri dan rakan sejawatnya Prayuth akan juga membincangkan projek-projek infrastruktur di sempadan Malaysia-Thailand serta hubungan dan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

Pada lawatan itu, Perdana Menteri diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Ismail Sabri dan delegasi akan mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan oleh kerajaan Thailand sepanjang lawatan rasmi ini dan program rasmi akan bermula Jumaat.


Beliau dijadual menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Keluarga Malaysia di Thailand bersama kira-kira 100 rakyat Malaysia di Thailand.

Ismail Sabri kemudiannya dijadual menyaksikan majlis pemeteraian tiga memorandum persefahaman kerjasama perniagaan antara Pharmaniaga Research Centre Sdn Bhd dan Bio-Innova Co Ltd, Pharmaniaga LIfeScience Sdn Bhd dan BioNet-Asia, dan Perjanjian Lesen Pembuatan di antara COVID Medicare Support Ins (CMSI) dan Acquest Healthcare Stem Cell Research & Development Co. Ltd.

Perdana Menteri juga akan menghadiri majlis jamuan teh bersama ahli Dewan Perniagaan Malaysia-Thailand (MTCC) bagi perkongsian pengalaman dan perbincangan mengenai isu perniagaan di Thailand.

Selepas itu, beliau akan menghadiri upacara sambutan rasmi di Rumah Kerajaan dan diikuti mesyuarat terhad antara kedua-dua Perdana Menteri, disusuli sidang media bersama dan majlis makan malam rasmi yang dihoskan Prayuth di Rumah Kerajaan.

Malaysia dan Thailand sudah menjalin hubungan diplomatik selama 65 tahun sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.

Thailand kekal sebagai rakan dagang keenam terbesar bagi Malaysia di dunia dan kedua terbesar di dalam ASEAN, manakala Malaysia kekal sebagai rakan dagang keempat terbesar bagi Thailand di dunia.

Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Thailand mencatatkan peningkatan positif sebanyak 23 peratus dengan jumlah perdagangan bernilai RM97.97 bilion berbanding RM79.63 bilion bagi 2020.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori