Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Budak Dilanggar Van Sekolah...

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak perempuan lima tahun yang digilis van sekolah yang...

11 Kenderaan Rosak Dihempap...

GELANG PATAH - Sebanyak 11 kenderaan rosak akibat dihempap struktur dinding bangunan sebuah...

Terdapat 9 Spesies Enggang...

HULU TERENGGANU - Terengganu kini mempunyai sembilan daripada 10 spesies burung enggang yang...

Active Publishing for TextBroker

The writer should pick aside, and then research to discover cases that show...

PN Tidak Gentar Saingan MUDA

KULAI : Perikatan Nasional (PN) tidak gentar dengan hasrat Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mahu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pernah dimenangi BERSATU pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata MUDA yang dipimpin Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak mempunyai struktur di peringkat bahagian mahupun cawangan menyebabkan parti terbabit dilihat tidak mempunyai hala tuju.

“MUDA terlalu muda, Syed Saddiq itu macam anak saya. Dulu dia dalam Armada BERSATU. Sebagai sebuah negara yang demokrasi, itu hak dia tubuhkan MUDA, namun dia tiada ahli yang ramai, sedikit sahaja cawangannya, tidak tahulah di mana bahagian partinya.

“Tidak berstruktur parti baharu ini, tetapi tidak mengapa, dia berani hendak bertanding pada PRN Johor kali ini.

“Terserah kepada pengundi untuk menilai MUDA sama ada layak atau sebaliknya pada 12 Mac depan memandangkan parti itu masih baharu dan tiada matlamat yang jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Ramah Mesra Warga FELDA bersama Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) di Dewan Serbaguna FELDA Taib Andak, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Isnin lalu, Syed Saddiq dilaporkan menyatakan MUDA tidak akan meletakkan calon di kerusi yang akan ditandingi PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP dalam PRN Johor.


Katanya, langkah itu bagi mengelakkan berlaku pertembungan kerusi sekali gus menghormati parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, MUDA dilaporkan hanya akan bertanding di kerusi yang sebelum ini dimenangi UMNO, Barisan Nasional (BN) dan BERSATU.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi MPN berkata, antara kejayaan kerajaan PN sebelum ini termasuklah menghapuskan hutang peneroka FELDA berjumlah RM8.3 bilion.

Katanya, langkah yang diputuskan ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteri itu adalah bagi menghapuskan bebanan peneroka FELDA seluruh negara.

“Saya dimaklumkan bahawa sudah 90 peratus peneroka FELDA sudah mengisi borang pelarasan hutang.

“Ia membolehkan peneroka hanya membuat bayaran balik berjumlah antara RM100 hingga RM300 sahaja berbanding nilai hutang ratusan ribu dengan nilai hutang paling besar adalah berjumlah lebih RM200,000 yang terpaksa ditanggung peneroka sebelum ini,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori