Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

12 Hilang, Kapal Karam...

SHANGHAI - Sebuah kapal asing yang membawa 14 orang penumpang karam berhampiran muara...

Landasan Kereta Api Hatyai-Padang...

PADANG BESAR: Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke...

Blake, Gwen Guna Gambar...

NAMPAKNYA pasangan penyanyi ini sudah tidak boleh menyembunyikan perasaan asmara yang semakin bergelodak...

Peruntukan Segera RM50 Juta...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan segera berjumlah RM50 juta untuk negeri...

PRN Johor: Calon BN Diumum Selewat-Lewatnya Tiga Hari Sebelum 26 Feb – Hasni

JOHOR BAHRU: Senarai penuh calon parti Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan diumumkan selewat-lewatnya tiga hari sebelum hari penamaan calon pada 26 Februari ini.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, perkara itu akan diteliti semula menerusi perbincangan bersama rakan komponen MIC, MCA dan Friends of BN sebelum pembahagian kerusi dimuktamadkan.
Katanya, BN Johor turut bercadang untuk bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Menurut Hasni, calon-calon yang bakal mewakili parti itu terdiri dari golongan profesional dan orang muda, yang akan membawa harapan rakyat.

“Kita sudah maklum 26hb ialah hari penamaan calon, jadi mungkin dua atau tiga hari kita akan umumkan calon yang akan mewakili BN. Tapi di Johor ini tiga kali ganda, at least, double the size of wakil rakyat yg perlu dikenal pasti,”kata Hasni.

“Wanita juga bersuara untuk diberi peluang jadi ini salah satu perkara yang akan diambil kira.” katanya.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran Common Ground Iskandar Space di Iskandar Puteri, di sini pada Khamis.

Beliau yang juga ahli DUN Benut turut akan bertanding pada kerusi itu pada 12 Mac nanti.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, PRN Johor akan dilangsungkan pada 12 Mac, pengundian awal pada 8 Mac dan penamaan calon pada 26 Februari ini.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori