Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemandu Palestin Rempuh Polis,...

BAITULMUQADDIS – Dua pemandu Palestin merempuh kenderaan mereka ke arah sejumlah pejalan kaki...

CGC Peroleh Hak Penamaan...

KUALA LUMPUR - Penyedia perkhidmatan pengangkutan awam, Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) menamakan semula...

Hidup Senang Bebas Hutang…...

Membina masa hadapan menggunakan wang adalah seperti membina rumah. Anda tidak boleh membina...

Kaki Dibaham Buaya, Penjelasan...

SANDAKAN - Pemilik Taman Buaya Sandakan telah memberikan penjelasan kepada Jabatan Hidupan Liar...

PRN Johor Diteruskan Ikut SOP Ketat

PETALING JAYA– Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan diteruskan mengikut perancangan sedia ada memandangkan kesan langsung Covid-19 ditunjukkan varian Omicron dilaporkan tidak seteruk varian Delta.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keputusan meneruskan PRN Johor dibuat berdasarkan data dikumpulkan menunjukkan varian Omicron tidak menunjukkan kesan teruk berbanding Delta.

“Omicron tidak tunjuk kesan teruk seperti Delta, semua data menunjukkan kesannya akibat Delta.

“Maka, PRN akan diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan di mana drafnya telah dimuktamadkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini,” katanya dalam sidang akhbar khas tadi.


Sebelum ini, Khairy memaklumkan SOP PRN Johor dilaporkan hampir selesai dan akan dibentang kepada pengurusan tertinggi KKM dalam masa terdekat.

Jelasnya, SOP untuk PRN Johor akan menyaksikan sedikit perbezaan berbanding apa yang dilakukan Melaka dan Sarawak dengan mengambil kira kewujudan varian Omicron.

K!Online-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori