Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

TH Akan Terus Tambah...

REMBAU - Lembaga Tabung Haji (TH) akan terus menambah baik kualiti perkhidmatan yang...

Saddiq Harap Dapat Guna...

MUAR – Pergerakan sayap pemuda Parti Pribumi Malaysia (PPBM) berhasrat menggunakan semula nama...

Kisah Pengantin Sanggup Masak...

"SAYA tidak kisah hanya memakai pakaian yang murah, asalkan makanan disediakan terbaik dan...

David Bergandingan Dengan Brooklyn...

WALAUPUN sudah menggantung but sejak dua tahun lalu, ia tidak menghalang bekas bintang...

PRN Johor: Enam Penjuru Di DUN Larkin, MUDA Bertembung PKR

JOHOR BAHRU : Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini bakal menyaksikan pertembungan enam penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin.

Pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Rahman Salleh berkata, beliau telah selesai menyemak semua kertas pencalonan, dan berpuas hati untuk memutuskan tiada calon ditolak.

Barisan Nasional kali ini mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah, 38, dan Pakatan Harapan meletakkan Dr Zamil Najwah Arbain, 48.

Di sebelah Perikatan Nasional pula, pimpinan meletakkan bekas Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Zukifli Bujang, 44, manakala Parti Pejuang Tanah Air mencalonkan Mohamad Riadz Hashim, 49.


Ikatan Muda Demokratik (MUDA) pula meletakkan harapan ke atas Ketua Penerangan MUDA Johor, Rasid Abu Bakar, 28, sekali gus melihat pertembungan antara parti itu dengan PKR.

Pada pilihan raya umum yang lepas, calon Pakatan Harapan ketika itu Datuk Mohd Izhar Ahmad dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah memenangi DUN Larkin dengan majoriti 8,590 undi.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori